Aney Hipster & Rakan-rakan, Nasi Lemak Politik

1MDB: Tiada Bukti Najib Terlibat

04/17/2018

Sehingga kini, pembangkang tidak jemu-jemu dalam usaha demi usaha mahu merosakkan kredibiliti DS Najib dengan mengaitkan pembabitan beliau dengan kontroversi 1MDB. Banyak pihak cuba mempolitikkan isu 1MDB sedangkan PM Najib sendiri yang mengarahkan 1MDB disiasat berikutan kritikan dan dakwaan tidak berasas yang dibuat pihak tertentu. Beberapa kali jawatankuasa PAC yang terlibat dalam siasatan kes berkaitan 1MDB menyatakan bahawa laporan siasatan tidak menyatakan terdapatnya salah laku oleh DS Najib yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Laporan 106 muka surat yang disediakan PAC boleh diakses di internet untuk bacaan semua pihak.

Ahli jawatankuasa PAC tersebut bukanlah berat sebelah dan pro-kerajaan. PAC juga mempunyai wakil dari pembangkang yang merupakan Timbalan Pengerusi jawatankuasa tersebut iaitu Dr. Tan Seng Giaw, bekas ahli Parlimen Kepong dari parti DAP. Dr. Tan sendiri mengaskan pandangannya bahawa kalau betul DS Najib terlibat, mestilah ada bukti. Kalau mahu bawa kes ke mahkamah sekalipun mesti ada bukti. Kenyataan Dr. Tan mengenai 1MDB diakui dibuat secara sedar tanpa paksaan mana-mana pihak. Kalau setakat menyatakan pandangan atau persepsi tanpa bukti, mana mungkin mahu mengaitkan seseorang itu bersalah?

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply