Aney Hipster & Rakan-rakan, Nasi Lemak Politik

Wajarkah Pilihanraya Diadakan Pada Hari Rabu?

04/16/2018

Kemana-mana pergi masa ini, berjuta-juta rakyat Malaysia mahupun diluar negara tak habis-habis bercerita tentang pilihanraya. Sangat panas dan meriah!!!.Mana taknya, pilihanraya (pilih wakil kita dan kemudian merayakan kemenangannya) cuma datang 5 tahun sekali! Berbeza dengan hari raya yang pastinya datang setahun sekali.

Pilihanraya ke-14 ni ANA lihat antara yang paling unik dan berbeza. Ya ! 9 Mei 2018 (Rabu) seperti yang diwar-warkan oleh SPR. Akibatnya, SPR dihentam teruk oleh pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan ini. Namun, ANA melihat perkara ini disudut yang berbeza. ANA bukan penyokong PH, PAS pun bukan, apatalah lagi BN!. Mungkin tak ramai spesis macam ANA yang suka duduk atas pagar & buat keputusan last minutes, bak kata orang kampung ANA “grab some popcorn and watch the drama!”. Kadang-kadang drama yang dipertontonkan amat meloyakan dan memualkan, namun memandangkan “channel” tak banyak dan pelakon drama politik Malaysia pun terhad, maka terpaksa layankan sajaaaaa!.                    

Berbalik pada hari Rabu sebagai tarikh mengundi, jauh disudut hati ANA, yang meniaga kedai makan ni, memang rasa puas hati sangat. Macam PRU sebelum ni, bila Sabtu atau Ahad hari mengundi, maka berbondong-bondong la orang kampung ANA balik kampung untuk mengundi sampaikan kedai makan ANA dah tak ada makanan nak jual!. Memang mahsyukkk la ANA…tapi for the next 5 years merana la ANA!. Yang berbondong-bondong balik tu hanya semata-mata nak mengundi. Persoalannya, kenal ke wakil rakyat yang mereka pangkah tu?. Apa yang ANA nampak, kebanyakan orang kampung Ana yang duduk diluar lebih pilehh parti dari calon. Lastly, mereka pun sama je dengan calon tu. Habis pilihanraya, batang hidung pun tak nampak!. Calon yang menang tu pun cuma akan timbul balik lepas 4 tahun akan datang bila dah dekat next PRU! Masalah dan sepak terajang dikawasan Parlimen dan kampung ANA, kami ni yang hadap!!!. ANTA apa tau?? Memang cukup syukur ANA bila SPR umum tarih mengundi hari Rabu!.

ANA dapat bayangkan perasaan orang-orang Sabah Sarawak yang mengadap masalah yang sama macam ANA. Kerja di Pasir Gudang, Ipoh, KL, Dubai, Perth and Singapore tiba – tiba lepas 5 tahun balik kampung ANA di New Castle untuk tentukan untung nasib orang tempatan dengan calon favourite ANTA. Kalau dah bermaustatin di Pasir Gudang, KL,Ipoh or Singapore pergi la tentukan untung nasib ANTA di sana! Kan cantik kalau wakil rakyat Pasir Gudang, KL and Ipoh yang serve ANTA for the next 5 years! Baru la ANTA boleh rasa apa yang ANA rasa sekarang!. Lagipun majikan boleh lepaskan pekerja keluar mengundi apa, tak perlu la nak ambil rasuah duit tiket balik kampung macam semua parti politik amalkan la ni!. Bak kata omputeh, Please wake up dude!

Hidup SPR!!! kerana membantu ANA mengurangkan pengundi yang tak duduk New Castle tapi mengundi di sini! ANA doakan lepas ni, ANTA semua tukarlah alamat mengundi di tempat ANTA bermaustatin! Tak wujudlah isu mengundi hari Rabu!. Akhir kalam, SELAMAT MENGUNDI dan UNDI ANTA ADALAH RAHSIA!!!!!    

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply