Featured, Tosainomics

Warga Setiawangsa Menyambut Baik Penambahbaikan Proses Pinjaman Perumahan

04/10/2018
setiawangsa

PENUBUHAN bank khusus bagi memudahkan pinjaman perumahan mampu milik dan kos rendah pada harga RM300,000 ke bawah adalah intipati Teras 3, Perumahan Keperluan Rakyat.

Dalam teras itu, ia menggariskan usaha mewujudkan entiti tunggal untuk menyelaras keseluruhan inisiatif perumahan mampu milik termasuk memantau proses pembinaan, sekali gus menutup kelompangan dalam sistem sedia ada.

Usaha berkenaan akan dibuat menerusi penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (3PAN) yang bertujuan mengawal selia, mengurus isu perumahan awam mencakupi kualiti perumahan, keperluan semasa dan penentuan kelayakan menduduki.

Penduduk Setiawangsa bersyukur apabila inisiatif ini menyentuh proses aplikasi yang rumit menjadi senang dalam dalam perbankan, syarikat utiliti dan proses perolehan kediaman.

Kuasa kerajaan akan turut diperluaskan untuk menghidupkan semula projek perumahan terbengkalai daripada had asal RM70,000 kepada RM120,000. Ia membabitkan 21 projek terbengkalai dan 2,794 unit dengan peruntukan sebanyak RM123 juta.

Penjawat kerajaan turut ditawarkan skim bantuan sewa perumahan awam bagi membantu penyewa dalam kategori miskin dan orang kurang upaya (OKU).

Peluang dibuka kepada pesara kerajaan dan anak mereka untuk membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) berharga antara RM150,000 hingga RM300,000 selain mewujudkan kuota RM10,000 unit PPA1M bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply