Aney Hipster & Rakan-rakan, Nasi Lemak Politik

Niat Jahat DAP Dan PKR Terhadap Tun Mahathir

04/10/2018

Keihklasan DAP dalam memilih Tun Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia bagi Pakatan Harapan boleh dipertikaikan, terutamanya apabila DAP bersetuju memilih Sangeeta Kaur Deo sebagai calon mereka pada PRU-14 kelak. Sangeeta Kaur Deo diketahui umum sebagai seorang yang lantang bersuara menentang pemilihan Tun Dr. Mahathir sebagai ketua kepada Pakatan Harapan.

Kebencian Sangeeta Kaur Deo terhadap Tun Dr. Mahathir bersifat amat peribadi dan mendalam. Penderitaan yang ditanggung oleh Sangeeta dan keluarganya, melihat ayahnya sendiri iaitu mendiang Karpal Singh ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pasti meninggalkan kesan psikologi dan dendam kesumat yang berkekalan.

Situasi yang sama turut dihadapi oleh anak dan keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu Dato’ Seri Wan Azizah dan YB Nurul Izzah Anwar. Meskipun tidak ditahan di bawah ISA, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah ditahan dan dibicarakan oleh Tun Dr. Mahathir menerusi pendakwaan kesalahan liwat yang berunsur seksual dan amat memalukan.

Tindakan DAP yang sengaja memilih musuh-musuh Tun Dr. Mahathir sebagai calon PRU-14, dipercayai bertujuan membantu keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam menentang Tun Dr. Mahathir kelak. Dendam kesumat sebegini tidak akan mudah dilupakan, dan hari pembalasan pasti akan tiba. Lakonan kerjasama DAP dan PKR di dalam Pakatan Harapan akan tamat suatu hari nanti, dan pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir pasti akan menerima padah hasil dari dosa-dosa lepas beliau.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply