Aney Hipster & Rakan-rakan, Nasi Lemak Politik

DAP Peralat Orang Tamil Malayalam, Hanya Utamakan Orang Sikh

04/10/2018

M. Manoharan, seorang lelaki Tamil telah berjuang menerusi DAP buat sekian lamanya, membawa isu, hak dan kehendak masyarakat India khususnya dari keturunan Malayalam melalui HINDRAF. Namun begitu, perjuangan M. Manoharan ini telah dianggap mengancam keselamatan negara sehingga menyebabkan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2007. Penahanan Manoharan di bawah ISA ini amat memberi kesan terhadap isteri dan anak-anak beliau.

Penahanan M. Manoharan dan pemimpin-pemimpin HINDRAF yang lain di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini telah menaikkan kemarahan rakyat India, yang menganggap mereka sebagai pejuang tulen. Demi mendapatkan sokongan politik masyarakat India, DAP telah mempergunakan anak-anak Manoharan iaitu Hariharan, Shivaranjini dan Ganendra termasuklah membawa kanak-kanak ini ke atas pentas ceramah politik demi mendapatkan simpati rakyat.

Sewaktu PRU12 pada tahun 2008, parti DAP sekali lagi mengeksploitasi sentiment simpati masyarakat India dengan meletakkan M. Manoharan sebagai calon di DUN Kota Alam Shah, Selangor.  Melalui pelbagai siri ceramah-ceramah yang berunsurkan penganiayaan terhadap keluarga dan anak-anak Manoharan, serta lain-lain isu ketidakpuasan hati masyarakat India terhadap kerajaan, DAP berjaya memenangi kerusi tersebut dengan sokongan jitu penyokong HINDRAF.

Apabila sokongan masyarakat India terhadap HINDRAF mulai pudar, dalam PRU13 pada tahun 2013, Manoharan telah dipinggirkan kerana dianggap sudah tidak bernilai lagi. Meskipun Manoharan dan isterinya Pushpaneela tidak pernah jemu berkhidmat untuk penduduk di DUN Kota Alam Shah sehingga ke hari ini, pada PRU14 kelak, sekali lagi Manoharan dan isterinya akan diketepikan daripada menjadi calon DAP kerana wujud khabar angin bahawa Sangeet Kaur Deo, anak kepada mendiang Karpal Singh dari keturunan Sikh telah dipilih sebagai calon DAP.

Benarlah apa yang diperkatakan bahawa untuk 70% calon di dalam DAP mestilah beragama Kristian, dan tidak mengira sebagus mana seseorang itu, jika dia beragama Hindu, Islam ataupun Buddha, dia akan diketepikan.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply