Aney Hipster & Rakan-rakan, Tosainomics

Harga Barang Akan Turun Jika SST Dilaksanakan Adalah Satu Cerita Palsu!

04/02/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Bersempena dengan 3 tahun pelaksanaan GST di Malaysia pada 1 April 2018, heboh diviralkan oleh pihak pembangkang bahawa harga barang akan turun jika SST dilaksanakan semula. Ini adalah contoh satu cerita palsu.

Apabila GST dilaksanakan secara menyeluruh sejak tiga tahun lalu dan dengan memansuhkan SST, ia telah memberi impak yang besar kepada perdagangan yang sedang dijalankan. Sistem sekarang sudah cukup baik, dengan struktur cukai yang seimbang dan membawa kepada pewujudan rekod perniagaan. Sebelum ini semasa zaman SST, ramai peniaga yang berjaya mengelakkan diri daripada membayar cukai sepatutnya kepada kerajaan. 

Kembali kepada pelaksanaan semula SST, mungkin ianya adalah satu langkah yang popular, namun dengan adanya GST sekarang ini, SST tidak lagi relevan untuk digunakan. Selain itu, pemahaman umum mengenai GST sebagai perolehan kedua kerajaan apabila harga minyak rendah merupakan satu cara yang sempit untuk melihat mengenai perkara tersebut susulan cukai itu sendiri adalah cukai yang menyeluruh dan amat berasaskan kepada transaksi.

Harus diberi perhatian, GST adalah sistem cukai yang dilaksanakan secara menyeluruh mengikut perbelanjaan dan kerajaan telah mengecualikan daripada GST pelbagai barangan isi rumah, import minyak dan gas serta perkhidmatan seperti pengurusan unit strata, pembinaan sekolah dan lain-lain. Disamping itu, pelaksanaan GST adalah merupakan antara sebab kerajaan dapat mengurangkan defisit fiskal negara daripada 6.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2009 kepada 3.1 peratus pada 2016.

Jadi, daripada fakta-fakta yang tersedia ini, jelaslah bahawa hujah-hujah yang diketengahkan oleh pihak pembangkang ini adalah ibarat membawa cerita palsu kepada orang ramai demi kepentingan politik masing-masing. Dahlah boleh menjejaskan pendapatan negara jikalau SST dikembalikan, berita palsu juga dijaja untuk menjejaskan keharmonian negara.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply