Aney Hipster & Rakan-rakan, Tosainomics

Ekonomi Malaysia 2017 Dan Jangkaan 2018

04/02/2018

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam laporan tahun 2017 dan jangkaan 2018 menyatakan GDP Malaysia akan berkembang di antara 5.5% sehingga 6.0% berbanding 5.9% pada tahun 2017. Sebelum ini, BNM mengunjurkan pertumbuhan 2018 di sekitar 5.0-5.5%. Matawang ringgit juga dilapor mencatatkan pertambahan nilai di sekitar 10.4% dan prestasi ini merupakan antara yang terbaik di Asia. Kadar inflasi bagi tahun 2018 juga dianggarkan lebih rendah pada kadar 2.0-3.0% berbanding 3.7% pada tahun sebelumnya.

BNM turut memaklumkan bahawa defisit fiskal pada tahun 2018 dijangka berkurangan kepada 2.8% berbanding 3.0% pada tahun 2017 disebabkan oleh perolehan kerajaan yang lebih tinggi. Perolehan Kerajaan bagi tahun 2018 disasarkan pada RM239.90 billion berbanding RM220.4 billion pada tahun 2017. Faktor-faktor seperti pertumbuhan pesat pada sektor perkilangan dan perkhidmatan serta permintaan domestik yang terus berkembang adalah merupakan antara penyokong kepada pertumbuhan positif ekonomi Malaysia bagi tahun 2018.

Sebelum ini, beberapa pengumuman daripada Tabung Haji, ASB, KWSP dan Bank Rakyat berkaitan dividen tahunan yang tinggi berbanding tahun sebelumnya juga telah menjadi bukti kepada prestasi positif ekonomi negara. Walaupun masih banyak kritikan dan rungutan daripada pihak pro pembangkang terhadap situasi ekonomi negara, realitinya adalah statistik semasa serta jangkaan ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat.

Dengan PRU14 semakin hampir, pihak pembangkang dilihat sudah ketandusan idea dan akan terus memainkan isu-isu ekonomi lapuk seperti kos sara hidup yang tinggi dan GST tanpa mengkaji laporan ekonomi yang sebenar. Dengan prestasi makroekonomi yang bagus, kerajaan pasti akan memperbaiki polisi ekonomi sedia ada dalam memastikan rakyat mendapat impak positif. Tidak mustahil, dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) pada 7 April ini, kerajaan akan mencadangkan sesuatu yang memberi kesan langsung kepada rakyat. Adakah GST akan dikurangkan atau diperbaiki pelaksanaannya? Kita tunggu 7 April ini.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply