Aney Hipster & Rakan-rakan

Manifesto PH: Janji Yang Belum Pasti

03/11/2018

Geng-geng PH akhirnya telah pun membentangkan manifesto 10 perkara yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika memenangi PRU14. Dengar kata, manifesto PH kali ni betul-betul dianggap praktikal dan bukannya dasar populis. Malah, Datuk Saifuddin Abdullah dengan yakin menyatakan bahawa sebagai ‘government-in-waiting‘, PH perlu bertanggungjawab dalam membuat janji-janji kepada rakyat. hmmm

Yelah, janji-janji jugak…Bila nakkan kemenangan, janji la macam-macam dulu. Kalau dah menang nanti pelaksanaan tu jatuh nombor dua pun takpa. Silap-silap janji tinggal janji je. Pelaksanaan tarakkkk. Masa tu nak menyesal pun dah tak guna. Nak salahkan siapa nanti?

Jadi, bila dilihat dan dinilai semula manifesto PH yang dibentangkan kali ni, secara logik akal memang ternyata manifesto ni sebenarnya semata-mata adalah bermatlamatkan untuk memancing undi rakyat pada PRU14 akan datang. Sebagai salah satu contoh dalam manifesto tersebut adalah untuk memansuhkan sistem GST…Adakah mereka ni semua mengambil kira situasi semasa ekonomi global sekarang? Even negara-negara maju seperti Arab Saudi, Singapura dan beberapa buah negara maju yang lain pun telah mempraktikkan sistem GST ni. Percayalah, GST ni sepatutnya bukanlah suatu perkara yang perlu dipolitikkan tapi ianya adalah satu cara pendekatan ekonomi untuk menjana pendapatan bagi kebaikan rakyat dan juga negara. Lagi pun, pihak kerajaan sekarang bukanlah melaksanakan GST semata-mata…Pada masa yang sama, kerajaan pun ada tawarkan sistem pengecualian cukai dan subsidi tertentu untuk meringankan beban rakyat. Bukannya takda langsung.

Selain tu, hari tu puak-puak PH ni masa berkempen beriya kata nak mansuhkan loan PTPTN…Last-last dalam manifesto tak pun dimansuhkan jugak loan PTPTN tu…Lanjut tempoh bayar lagi ada la. Ini belum lagi kita tengok janji-janji yang lain. Belum tentu berjaya ditunaikan. Jika sekalipun nak memerintah, kaji la dulu keperluan kerajaan, negara dan rakyat…Takkan nak main hembus je laksanakan 10 perkara dalam tempoh 100 hari. Gila kau…Running a nation is not that easy bro!

Oleh itu, janganlah kita mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran yang ditawarkan oleh pihak pembangkang dalam manifesto seperti ni. Study betul-betul dulu. Ingat, PH hanya mengitar semula isu-isu ni semua untuk memperoleh kepercayaan dan populariti dalam kalangan rakyat dan dalam masa yang sama cuba mengelirukan rakyat untuk memperolehi kuasa.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply