Aney Hipster & Rakan-rakan, Tosainomics

Generasi Z Malaysia Memilih Untuk Berniaga?

03/08/2018

Berdasarkan satu kajian oleh Asian Institute of Finance, 2/3 daripada Generasi Z di Malaysia didapati mahu memulakan perniagaan sendiri selepas memperolehi pengalaman dan modal yang cukup. Generasi Z atau iGen ini adalah individu yang lahir pada tahun 1995 sehingga tahun 2012 dan survei ini dijalankan terhadap individu berumur dalam lingkungan 16 sehingga 21 tahun. Ini menggambarkan golongan ini adalah lebih berfikiran terbuka dalam dunia perniagaan berbanding kerja makan gaji.

Dalam persekitaran ekonomi yang semakin mencabar ini, peluang-peluang menjalankan perniagaan haruslah direbut dan ianya dapat mengurangkan penggantungan terhadap kerajaan yang sememangnya sentiasa komited dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat.

Statistik terbaru ekonomi juga menunjukkan nilai perdagangan Malaysia bagi Januari 2018 meningkat 14.9 peratus kepada RM156.01 billion berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya. Nilai eksport terus lebih tinggi berbanding import dengan lebihan dagangan sebanyak RM 9.71 billion. Walaupun ekonomi global tidak menentu, pada tahun 2017, Malaysia masih mencatatkan kemasukan pelaburan asing yang memuaskan di sekitar RM 197.1 billion. Manakala, GDP bagi tahun 2018 pula dijangka akan berada di sekitar 5.3 peratus.

Jadi, dengan statistik-statistik yang positif ini, adalah tepat keputusan daripada Generasi Z di Malaysia memilih untuk menceburi bidang perniagaan untuk memastikan pulangan yang lebih baik dan pada waktu yang sama menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Siapa kata rakyat Malaysia malas, yang pasti MALAYSIA BOLEH!

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply