Aney Hipster & Rakan-rakan

Servis Selepas Jualan Proton, Adakah Anda Mahu Yang Terbaik?

03/07/2018

Baru-baru ini, Proton berhadapan dengan dakwaan peniaga bumiputera dalam Proton semakin diabaikan terutama dalam perkara berkaitan pusat servis yang perlu ditambahbaik kepada tahap 3S atau 4S di mana ia seperti one stop centre yang menawarkan pembeli Proton kemudahan servis selepas jualan terbaik.  Langkah ini penting bagi memastikan jenama Proton terus menjadi pilihan warga Malaysia. Proton turut menyediakan insentif khas kepada para penjualnya untuk menambahbaik pusat servis ini bagi membantu wakil jualannya yang tidak mempunyai dana cukup untuk tujuan tersebut.

Di sini jelas objektif Proton yang mahu servis terbaik kepada pelanggannya dan skim dana khas juga disediakan bagi memastikan tujuan ini tercapai. Kita pastinya mahu Proton dapat bersaing dan menghasilkan produk yang bagus, berkualiti dan khidmat selepas jualan yang terbaik. Malah, proses naik taraf ini bukanlah harus berjalan sekelip mata tapi boleh dilakukan mulai tahun 2018 hingga 2020. 

Sehingga kini, masih ramai yang mencemuh produk Proton walaupun pada hakikatnya individu ini tidak pernah mempunyai produk jenama tersebut. Isu-isu lama seperti power window dan gear box masih heboh diungkit walaupun banyak penambahbaikan telah dilakukan. Oleh itu, Proton pastinya tidak mahu isu sama berulang pada perkara berkaitan servis selepas jualan dan mahu yang terbaik untuk pembeli.

Sentimen dan persepsi pengguna penting dalam menentukan masa depan sesuatu produk. Namun, pengguna juga harus bertanggungjawab untuk memastikan penyelenggaraan kenderaan mengikut waktu ditetapkan dan tidak melenting jikalau berlaku kerosakan. Kalau tak selenggara dengan cermat, pakai kereta Porsche atau BMW pun akan mudah rosak. Oleh itu, janganlah terlalu mudah mencemuh usaha positif Proton ini dan kita seharusnya bersama-sama terus menyokong produk nasional kita iaitu PROTON!

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply