Aney Hipster & Rakan-rakan, Nasi Lemak Politik

Masih Adakah Pemimpin Berkaliber Dalam UMNO?

03/07/2018

Rakyat sering dimomokkan oleh pembangkang bahawa UMNO dan Barisan Nasional ketandusan pemimpin “berkaliber dan berjiwa rakyat”. Sebagai seorang pelajar diperingkat Sarjana yang menjalankan kajian politik tanah air, penulis terpanggil untuk menulis tentang tokoh politik UMNO yang mewarnai landskap politik tanah air. Adakah kepimpinan sedia ada UMNO dilihat berpotensi untuk mengemudi bahtera UMNO di masa hadapan?.

Setelah beberapa kaji selidik, temu bual dan pemerhatian di buat, dapatan kajian mendapati terdapat beberapa nama pemimpin UMNO yang berpotensi dan disebut-sebut boleh mentadbir Malaysia dengan cemerlang sekiranya diberi peluang. Antara tokoh-tokoh yang disebut-sebut oleh para respondent adalah YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Haji Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor dan Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak. Kajian ini dilaksanakan secara menyeluruh di mana respondennya terdiri dari pelbagai kaum serta pelbagai fahaman politik.

Ketiga –tiga tokoh ini dinamakan berdasarkan prestasi cemerlang tokoh-tokoh ini memimpin kerajaan di peringkat negeri. Pelbagai kemajuan yang dikecapi dari sudut pembangunan, peningkatan sumber kerajan negeri, hubungan mesra rakyat serta sikap prihatin yang tinggi terhadap pelbagai kaum di Malaysia menjadikan YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, sebagai pilihan utama. Walaupun beliau seorang yang tegas, namun sikap prihatin dan keperibadian yang tinggi menyebabkan  beliau disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat serta kaum. Cara beliau menjawab sesuatu isu juga diambil kira membuktikan beliau seorang yang bijaksana.Tidak mustahil satu hari nanti, beliau mampu menggantikan kepimpinan tertinggi UMNO yang bakal bersara. Walaupun UMNO pada ketika ini dilanda pelbagai masalah, namun peranan UMNO sebagai institusi kepimpinan tertua di Malaysia tidak dapat dinafikan. UMNO ibarat ‘kilang melahirkan pemimpin negara”. Jelas bahawa, kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan ketika ini, adalah graduat institusi UMNO. Nama-nama seperti Tun Mahathir, DS Anwar Ibrahim, DS Shafie Afdal, TS Muhyiddin Yassin, Mukriz Mahathir dan beberapa lagi tokoh politik ketika ini mengemudi parti pembangkang. Selain cacian dan makian terhadap UMNO, pembangkang di Malaysia perlu “berterima kasih kepada UMNO” kerana telah menganugerahkan mereka, pemimpin pembangkang yang berkarisma. Ini kerana graduat UMNO dipilih oleh pemimpin pembangkang untuk memimpin mereka!!!!

Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa UMNO masih mempunyai pemimpin yang berkaliber dan berkarisma seperti tiga tokoh Menteri Besar di atas yang hanya menunggu masa untuk memimpin Malaysia di masa hadapan!

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply