Aney Hipster & Rakan-rakan, Nasi Lemak Politik

Kerajaan Pastikan Kepentingan Rakyat Diutamakan

03/05/2018

“Orang Melayu dan Islam akan tetap menerajui negara sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya dalam PRU akan datang.”

Ayat keramat inilah yang sering kali diungkapkan oleh puak-puak pembangkang bagi mempengaruhi dan meyakinkan rakyat untuk memenangi PRU14 nanti. Mereka mendakwa sekiranya mereka memenangi PRU kali ini mereka akan membuktikan bahawa mereka akan melakukan perubahan yang lebih baik untuk orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

Hakikatnya, pihak pembangkang tidak mempunyai fakta yang berasas untuk menyaingi kebenaran usaha kerajaan BN yang sentiasa mendahului kepentingan rakyat tanpa mengira perbezaan etnik dan kaum. Mana-mana individu yang melemparkan tuduhan dan memburuk-burukkan Kerajaan adalah terdiri daripada golongan mereka yang kecewa lantaran gagal mendapat kuasa dalam negara.

BN pula, jika dibandingkan dengan pencapaiannya sehingga hari ini dalam meyediakan keperluan dan menyelesaikan permasalahan rakyat, boleh dikatakan yang terbaik jika dibandingkan dengan “pemberian” yang diberikan oleh pihak pembangkang kepada rakyat. Kekuatan yang jitu dikalangan ahli parti komponen yang menjalankan tanggungjawab bersama sama dengan komponen yang lain telah menunjukkan sikap kebersamaan dalam usaha mengenalpasti permasalahan dan akhirnya dimajukan untuk diambil tindakan.

Masyarakat kita yang kini amat bijak dalam menilai sesuatu isu telah meyedari bahawa pada PRU13 adalah satu kesilapan yang amat besar dilakukan oleh semua kaum dalam negara ini dengan memberikan undi kepada pembangkang. Tindakan ini adalah susulan terpedaya dengan dakyah yang dimainkan agar membenci kerajaan.

Selama ini kerajaan dalam memberikan impak yang selesa kepada rakyat dengan menyediakan setiap kemudahan dan kepentingan berdasarkan kemajuan semasa. BN dibawah pimpinan Najib Razak terus memikirkan dan mengambil jalan yang tidak akan membebankan rakyat. Jadi tidak hairanlah bagaimana sejak awal pemerintahan BN yang diterajui oleh Najib Razak terus melancarkan beberapa transformasi untuk memastikan kepentingan rakyat didahulukan disamping pencapaian dalam segenap aspek berada dilandasan yang sepatutnya.

Justeru itu, telah terbukti kepimpinan yang ada sekarang adalah kepimpinan yang peka kepada masalah rakyat serta mengutamakan keharmonian kaum dan menolak sikap negatif seperti yang ditonjolkan oleh pembangkang. Oleh itu, rakyat haruslah memilih sebuah kerajaan yang mempunyai kebersamaan dalam segala hal dan perkara. Kekuatan ini perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan memilih sebuah pakatan yang hanya saban hari memikirkan soal jawatan dan imbuhan.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply