Aney Hipster & Rakan-rakan

Rumah Mahal, Rakyat Marhaen Kempunan, Pemaju Makin Kaya

03/02/2018

Kelmarin aku lepak sembang ngan member bankers…kebetulan…tengah rancak sembang sekali ada member sorang tu kerani gomen, tetiba mencelah citer pasal rumah & interest. Bila pikir balik betul gak apa yang member aku tu citer, sekarang parah. Macam dia nasib baik sebab dapatla beli rumah PPA1M. Yang marhaen ni, jangankan PR1MA, RUMAWIP ke, Rumah Selangorku ke, mampu mimpi je la…Satu artikel yang really caught my eye was this:

#PengusiranTerancang :TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA DENGAN MEMANIPULASIKAN DISKAUN.1. Saya…

Posted by Shahaime Hai Abdullah on 23hb Julai 2015

Aku pun kebetulan semalam pergila ke KPKT jumpa member, masa tu nk file complain pasal late payment charges yang tak masuk akal (tu nanti maybe entry lain aku tulislah ye?). So bila aku provoke member aku tu,melenting dia. Tapi dalam rasa bengang dia explain, memang ramai pemaju buat camtu, bila bumiputera or melayu beli rumah, entry cost jadi tinggi sebab kena bayar macam-macam, ending ramai yang tak mampu. Kesempatan ini diambil & pemaju akan request supaya tarik balik kuota bumiputera untuk jual kepada non-bumi/ non-Malay.

So apa KPKT buat? Cara mudah adalah menyamar konon nak beli rumah & surprisingly pemaju cakap sold out! Yang bijak sikit akan bagitau kuota bumiputera dh habis, yang ada normal price. Yang lagi bijak akan kata nanti check dulu, lepas tu esok bagitau ada, tapi sebab promo free SPA, MOT bagai dah habis, so yang tu kena add on sendiri. Pergi mari kalau calculate tak ada beza pun dengan discounted price. Lagi satu member aku ni cakap tak menang tangan nak buat semua ni, kekadang sampai berbulan lamanya nak approve tarik balik kuota sebab nak kaji kepadatan penduduk, kawasan setempat punya locality, banyak la proses. Lepas tu komplen KPKT tak efficient.

Pada aku sebenarnya pemaju ni nak buat duit, yelah nama pun bisnes kan? Knowing business people ni, selagi boleh make money, balun je. Yang jadi mangsa rakyat marhaen. Yang kena maki gomen & geng KPKT. Pemaju? Make more & more money. C’mon la, kos buat rumah berapa je sebenarnya, boleh kirala. Jujur cakap harga yang kita beli daripada pemaju tak sampai suku pun kos sebenar. Tapi macam aku cakapla, pemaju semua nak kaut untung. Konon nak cover overhead cost kalau ada rumah yang tak terjual, padahal bila pergi tanya, dijawab sold-out. Sebab? Rugi kot jual kat orang melayu, kena bagi discount bagai.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply