Aney Hipster & Rakan-rakan, Tosainomics

To GST Or Not To GST?

02/12/2018

Tak habis lagi ke cerita pasal GST ni? Dekat 3 tahun dah kot. Penatlah nak cerita. Asal peningkatan harga barang je mesti dikaitkan dengan langkah tak popular yang dah diambil kerajaan iaitu GST. Korang tau tak kenapa kerajaan laksanakan sistem GST ni? Atau pun korang ikut sama je membuta tuli dengan apa yang pembangkang cakap tu? Memang la, tiap-tiap tahun cost of living meningkat. Yes, we must admit it…Tapi kuasa berbelanja kat tangan kita kan? Kita yang buat keputusan nak beli apa. Takkan tiap-tiap hari nak makan makanan mewah? Takkan setiap hari nak makan kat luar je? Yela, sekali sekala boleh la, tak salah pun. Yang penting, kita belanja ikut kemampuan kita.

So pada mana yang berpandangan GST patut dimansuhkan, kena fikir semula… Dulu sebelum GST, negara kita laksanakan Sales Tax dengan kadar 10 peratus, campur lagi dengan Service Tax 6 peratus. So total 16 peratus. Tapi bila GST kuat kuasa, cuma 6 peratus je yang dikenakan… Lagi 10 peratus tu dah takde dah. SEPATUTNYA LAA…Tapi ada pulak peniaga ambil kesempatan dengan menambah kadar GST 6 percent on top of SST yang16 percent tu. Itu yang jadi harga mahal.

Kerajaan tau GST ni langkah yang tak popular, tapi sebenarnya kerajaan kita ni juga berpandangan jauh. Kalau GST ni takde, mana kerajaan nak dapat duit untuk pembangunan Malaysia selain bergantung pada hasil minyak negara? Nak tanggung negara sampai kiamat ni. Nak pinjam IMF? Nanti korang jugak yang duk komplen pasal hutang negara dah banyak. Cut budget? Tak merasa la korang fasiliti kelas pertama yang ada macam sekarang ni…Maka, diperkenalkan la GST ni seperti banyak lagi negara lain di dunia. Tapi di Malaysia, baru 6 percent je dan antara yang terendah. Tak percaya korang tanya la encik google, negara mana yang kat asia ni implement bawah kadar 6 peratus selain dari Malaysia.

Last sebelum habis, let say la kalau pembangkang ambil alih and tadbir negara ni, korang sure ke takkan ada tax? I mean zero tax? Silap-silap hari bulan lagi tinggi dari yang ada sekarang. Fikir-fikirkan lah…

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply