Aney Hipster & Rakan-rakan

Campurtangan Asing: Adakah Pembangkang Hipokrit?

02/12/2018

Pakatan Harapan (PH) selalu hadir dengan pelbagai cercaan dan bentuk fitnah terhadap usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) menarik pelaburan asing. Malah hubungan diplomatic dan ekonomi yang rapat antara Malaysia dan China telah cuba diputar-belitkan pihak pembangkang dengan mendakwa Kerajaan cuba menjual negara kepada pihak asing. Ini satu usaha untuk mengelirukan rakyat dan menafikan kebenaran serta keuntungan yang bakal diperoleh negara melalui kerjasama ekonomi bersifat strategik ini.

Pelbagai peluang pekerjaan dan peningkatan kualiti infrastruktur serta manfaat ekonomi lain bakal diperoleh rakyat Malaysia melalui kerjasama seperti ini. Namun ia cuba dipadamkan pembangkang dan mereka cuba menonjolkan sisi buruk yang langsung tidak wujud terhadap perjanjian kerjasama berkenaan. Malah pembangkang melalui Tun Dr Mahathir Mohamad juga kelihatan bersungguh-sungguh mahu menilai semula malah sehingga ke tahap bersedia membatalkan kerjasama ekonomi Malaysia dan China khususnya dari aspek pelaburan di beberapa projek penting negara.

Ini merupakan satu langkah ke belakang yang bukan hanya merugikan negara, tetapi meletakkan soal pembangunan kepada rakyat di tempat paling belakang semata-mata mahu melayan ego politik sempit yang tidak membawa apa-apa makna. Namun segala-gala kerjasama dengan negara luar ini akan dilihat baik apabila ia dibuat oleh pihak pembangkang. Misalnya baru-baru ini pihak pembangkang mengadakan pertemuan dengan Duta-Duta Kesatuan Eropah di Malaysia yang sebenarnya mengundang seribu pertanyaan mengenai motif dan keperluan pertemuan berkenaan.

Pembangkang, khususnya Tun M sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan sikap hipokrit. Terbaru Tun M dilaporkan bakal mengetuai delegasi pembangkang untuk mengadakan kunjungan ke Amerika Syarikat (AS). Kunjungan berkenaan menurut beberapa sumber dikatakan mempunyai perancangan berkaitan usaha pembangkang untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang. Jika benar kunjungan ini bakal berlangsung, maka sudah tentu ia merupakan satu tindakan terdesak untuk mencari keuntungan politik melalui jalan salah.

Apa yang dilakukan pembangkang ini benar-benar satu bentuk usaha untuk mendapatkan campurtangan asing bagi mendirikan Kerajaan. Malah apa yang dilakukan pembangkang ini boleh disifatkan sebagai tidak mempercayai kuasa rakyat, sebaliknya lebih gemar melihat orang asing mencatur politik dalam negara. Sikap tidak bertanggungjawab ini jelas lebih bahaya, namun seperti biasa sikap hipokrit pembangkang telah membutakan mata dan hati untuk bercakap tentang kebenaran.

Tiada sebarang harapan boleh diletakkan kepada Pakatan seperti ini yang jelas hanya mahu berkuasa, tetapi tidak mempunyai apa-apa kepintaran dalam pentadbiran. Usaha menggunakan jalan belakang seperti ini bukanlah sesuatu yang harmoni untuk Malaysia malah bakal memberikan mudarat yang kita semua tidak mahukan. Apa yang kita mahukan ialah sebuah Kerajaan yang mampu mendapatkan keuntungan kepada rakyat melalui jalinan kerjasama adil dengan negara-negara luar seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN pada hari ini.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply