Aney Hipster & Rakan-rakan, Nasi Lemak Politik

Cita-Cita Besar Tun M Untuk Mukhriz

02/09/2018

Semasa zaman pemerintahan kuku besi Tun M dahulu, beliau pernah digelar “Bomoh” oleh menteri-menteri beliau sendiri sewaktu dalam kabinet. Itulah “codename” yang diberi kerana tiada siapa yang berani menentang Tun M yang erat memegang “Buku Hitam” nya. Di dalam buku inilah semua “kelemahan dan keaiban” menteri-menteri tercatit, tunggu masa sahaja bila ianya akan digunakan. Tahun 1998 menyaksikan Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa “Bomoh dan Buku Hitam”, lantas dipecat dan dipenjarakan.

Kini, apa pula strategi “Bomoh” andai kiranya Pakatan Harapan menang PRU-14 dan dia dilantik PM sekali lagi? Terbaru, Tun M telah mengumumkan untuk menjadi PM selama 2 tahun sahaja. Adakah janji beliau ini betul? Semasa Tun M digelar “Bomoh” dahulu, mereka yang benar-benar mengenali beliau lazimnya akan cuba untuk tidak terpukau dengan apa yang Tun M katakan. Sebaliknya, mereka akan melihat apa yang dilakukannya, kerana apa yang Tun M kata semuanya hanya untuk mendapatkan reaksi-reaksi tertentu bagi mencapai agenda beliau yang lebih besar. Dalam kes sekarang ini, agenda terbesar Tun M adalah untuk melihat anaknya Mukhriz Mahathir dilantik PM. Mari kita lihat strategi beliau…

Kita imbau balik 12 tahun yang lalu, iaitu pada bulan Jun 2006, di mana Tun M telah melepaskan ‘das pertama’ dengan menembak ke arah PM ketika itu iaitu Pak Lah. Tindakan Pak Lah tidak menyambung projek Jambatan Bengkok di Selat Tebrau merupakan alasan dan sandiwara untuk Tun M menentang penggantinya. Hakikatnya, ketika itu Khairy Jamaluddin (menantu Pak Lah) dan Mukhriz sedang bergelut untuk jawatan ketua pemuda UMNO. Agak sukar untuk Tun M memastikan Mukhriz menerajui sayap pemuda andai kata Pak Lah masih PM dan memberikan sokongan kepada menantunya. Tun M mahu ‘mematikan’ karier Khairy dengan menjatuhkan Pak Lah. Tetapi strategi beliau tidak berkesan kerana setelah Pak Lah letak jawatan sebagai PM pada 03 April 2009, pemilihan UMNO yang berlangsung tidak lama selepas itu menyaksikan sayap pemuda masih memihak kepada Khairy. Malah, lebih memalukan, Mukhriz jatuh ke tempat ketiga dalam senarai undi kerana turut tewas kepada Khir Toyo.

Atas nasihat Tun M, Mukhriz kemudiannya meninggalkan hasrat untuk bertanding dalam sayap pemuda dan terus mencuba nasib untuk jawatan Naib Presiden UMNO pula pada tahun 2013. Sekali lagi Mukhriz tewas terduduk di tempat keempat di belakang DS Zahid Hamidi, DS Shafie Apdal dan DS Hishamuddin Hussein. Jelas sekali, Tun M tiada pilihan dan menghalakan senapang gajah beliau ke DS Najib Razak. Di sinilah bermulanya cerita 1MDB yang dimainkan khas untuk menjatuhkan Najib, supaya Mukhriz dapat ‘naik’ dalam UMNO.

Bagaimana pula dengan Muhyiddin Yassin? Sebenarnya, Muhyiddin benar-benar silap langkah dan termakan janji-janji “Bomoh”. Kalau Muhyiddin dapat bersabar sehingga tahun 2020 misalnya, kemungkinan besar beliau akan menjadi PM juga. Tun M sedar sekiranya Muhyiddin naik jadi PM, jawatan TPM pastinya tidak akan diberikan kepada Mukhriz, tetapi samada Zahid, Shafie atau Hishamuddin. Dalam erti kata lain, peluang untuk “Bomoh” menyaksikan anaknya naik sangatlah tipis. Dalam keadaan ini, senario yang paling cerah untuk Mukhriz adalah apabila Muhyiddin sendiri menentang Najib. Muhyiddin akhirnya terperangkap dan kini tidak dijanjikan jawatan besar pun sekiranya PH menang PRU.

Kesimpulannya, misi utama Tun M adalah untuk menaikkan anak kesayangannya sahaja. Watak-watak lain dalam ini gambar hanyalah ‘watak sampingan’ untuk Tun M mencapai agenda tersebut. Sekiranya Najib berjaya ditewaskan, Mukhriz akan masuk balik UMNO, kononnya untuk ‘membetulkan semula parti’ dan akan mengisi “vacuum” yang ditinggalkan DS Najib dan pahlawan-pahlawan beliau. Bijak Tun M… Inilah “game bomoh” yang sangat teliti dirancang dan handal dipermainkan…

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply