Aney Hipster & Rakan-rakan

“Selamat datang Liberalisma dan Pluralisma!!!”

02/07/2018

Hari ini 5 Febuari 2018. Semakin hari semakin menggila orang bercerita tentang politik di Malaysia. Dari kerusi empuk hotel 5 bintang kepada kerusi kayu di kedai kopi pinggir bandar, topic ‘Politik” semakin hangat dijaja menjelang 100 hari PRU ke-14. Apa pun yang berlaku, saya berdoa semoga hari yang mendatang lebih baik dari sebelumnya kepada rakyat Malaysia.

Saya sedikit terkesan apabila Pakatan Harapan menamakan Tun M sebagai calon PM sementara dan akan berusaha mengangkat semula DSAI menggantikan Tun M sebagai PM seterusnya. Apakah mereka fikir rakyat Malaysia seperti “lembu yang dicucuk hidung?”

Bersorak gumbiralah Marina Mahathir apabila ayahnya diistiharkan PM Malaysia wannabe. Maka semakin mudahlah beliau dan rakan-rakan COMANGOnya memperjuangkan hak asasi manusia sehingga tiada sempadannya!. Semakin mudah untuk Melayu Islam murtad, seks sejenis berleluasa, terhapusnya mahkamah syariah dan pelbagai fahaman liberal akan berkembang.

Disatu sudut pula, DSAI terpenjara akibat jenayah liwat atau lebih jelas “seks sesama jenis!”, Maka apabila beliau menggantikan Tun M sebagai PM Malaysia seterusnya, kemungkinan dasar perkahwinan sejenis “lelaki sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan akan disokong. Trend terkini yang semakin menular “geng Sajat dan geng kunyit” yang kaya raya berbangga dengan kemewahan dunia tetapi tiada kepastian tentang jantinanya mungkin akan mengundang bala Allah di bumi Malaysia. Tidak mustahil parlimen Malaysia akan meluluskan perkahwinan sejenis seperti parlimen Australia satu hari nanti jika kita memilih DAP, PAN, PKR yang bersikap liberal menguasainya. Persoalannya ialah adakah kita bersedia menghadapi semua ini?, Sanggupkah kita membiarkan zuriat kita terpesong ke arah ini?

Maka, tepuklah dada, tanyalah iman……..  selamat mengundi!!!

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply