Aney Hipster & Rakan-rakan

Sekularisme Melalui Pindaan Kepada Perlembagaan Persekutuan

02/07/2018

Fahaman sekularisme bermaksud ideologi yang memisahkan antara agama dengan pemerintahan. Sekularisme diasaskan di Eropah pada 1648 menerusi Perjanjian Westphalia, di mana Perang 30 Tahun antara Gereja Katolik dan Protestan telah ditamatkan, dan pengaruh agama diasingkan daripada pemerintahan negara.

Usaha menerap nilai-nilai sekularisme di Malaysia adalah bertentangan sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan, serta Islam sebagai agama rasmi negara. Namun begitu, masih wujud pihak yang cuba membawa fahaman dan memperjuangkannya untuk dijadikan sebagai asas pemerintahan negara.

Parti Tindakan Demokratik (DAP) jelas mahu menerapkan fahaman sekularisme ini menerusi Matlamat Kedua yang dinyatakan di dalam perlembagaan parti, berbunyi :

“Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia;”

Perjuangan mereka ini hanya akan dapat dicapai melalui satu cara sahaja, iaitu menerusi Pindaan Perlembagaan.

Sudah pasti, Parti DAP akan bekerjasama dengan sesiapa jua untuk memastikan mereka mendapatkan sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat, bagi membolehkan pindaan perlembagaan dibentangkan.

Fahaman sekularisme akan disuntik masuk ke dalam perlembagaan baru, dan sudah pasti, pengasingan antara agama dan pemerintahan akan berlaku.

Pindaan perlembagaan oleh Parti DAP ini dipercayai tidak akan melibatkan sekularisme sahaja, tetapi pasti melibatkan lain-lain matlamat perjuangan mereka seperti:

– menjadikan kebebasan agama sebagai hak asasi manusia (orang Islam boleh murtad sewenangnya), dan

– menjadikan bahasa Cina, India dan Orang Asal sebagai Bahasa setaraf dengan Bahasa Kebangsaan,

Wallahualam.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply