Aney Hipster & Rakan-rakan, Featured, Nasi Lemak Politik

Tun M Calon PM: Azmin Tidak Layak?

01/10/2018

Pelik tapi benar… Saya jarang sekali bersetuju dengan kebanyakan apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Nazri Aziz. Tapi untuk isu Calon PM Pakatan Harapan ni, saya menyokong penuh kenyataan beliau, yang mengatakan bahawa Datuk Mohamed Azmin Ali LEBIH SESUAI sebagai calon PM.

Pasti ramai penyokong PH, di Selangor terutamanya, bersetuju dengan saya sekiranya Datuk Azmin dinaikkan sebagai calon PM kita. Beliau terbukti berupaya memegang jawatan tersebut kerana telah membawa Selangor ke tahap yang jauh lebih baik. Umur beliau juga sesuai untuk mendokong inspirasi generasi muda berbanding Tun M yang telah berumur 92 tahun?! Bukanlah bermakna kita nak tolak Tun M sepenuhnya, tapi cukuplah sekadar menjadi Menteri Penasihat kalau nak masuk kabinet sekali pun. Cukup-cukuplah tu nak jadi PM….

Yang peliknya, kenapa pemimpin PH boleh bersetuju untuk melantik Tun M sebagai calon PM? Katanya PH mengambil kira suara rakyat dan suara akar umbi. Tapi nampaknya hanya mereka DI ATAS sana tu yang menentukan siapa nak jadi PM. Lebih kurang UMNO pula.

Barangkali janji-janji yang disampaikan Tun M ketika rundingan antara parti-parti dalam PH sangat berkesan. Beliau dilaporkan akan membebaskan Dato Seri Anwar dari penjara Sg Buloh. Lupakah kita DIALAH yang telah ‘menyumbat’ DS Anwar ke penjara suatu ketika dahulu? Lupakah kita DIALAH yang kita gelar Maha Zalim ketika sama-sama kita berjuang di jalanraya sewaktu Reformasi dahulu? Atau adakah kita akui bahawa kitalah yang BERSALAH sewaktu zaman Reformasi? Kalau betul sekalipun kita anggap Tun M dah berubah, maka kenapa tak anggap Najib juga boleh berubah?

Malah, dalam ucapan beliau ketika Konvensyen PH baru-baru ini, Tun M telah beberapa kali menggelar kami di PKR, PAN dan DAP ni sebagai ‘musuh’. Seolah-olah amat sukar untuk beliau ‘bersekongkol’ dengan musuh.. Tetapi hanya demi ‘menjatuhkan Najib’, beliau mahu bersatu dengan PH (musuh-musuh), kononnya demi masa hadapan negara.

Saya tanya sekali lagi, apakah Datuk Azmin tidak mampu untuk menerajui gerakan untuk menjatuhkan Najib? Adakah ini bermakna kita tiada pemimpin pelapis dalam PH? Atau adakah kita akan melihat PH terus diterajui barisan pemimpin anak beranak Tun M pada masa akan datang? Wallahua’lam…

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply