Nasi Lemak Politik, Tosainomics

FGV Jual Pegangan Dalam APL RM567.89 Juta?

12/29/2017

FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memeterai perjanjian jual saham untuk menjual pegangannya dalam Asian Plantations Ltd (APL) kepada unit milik penuhnya, Felda Global Ventures Plantations Sdn Bhd (FGVP) dengan harga RM567.89 juta.

FGV dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini berkata unit tersebut kemudiannya akan menjual saham itu kepada anak syarikat milik penuhnya, Felda Global Ventures Plantations (M) Sdn Bhd (FGVPM), dengan harga yang sama.

“Urus niaga itu merupakan penyusunan semula dalaman yang mana APL menjadi anak syarikat langsung FGVPM dan anak syarikat tidak langsung FGV,” kata syarikat itu.

Syarikat itu berkata urus niaga tersebut tidak dijangka memberi sebarang kesan kepada modal terbitan dan berbayar FGV atau pemegangan saham pemegang saham utama FGV atau membawa sebarang kesan ketara kepada pendapatan, aset bersih atau tahap kadar hutang bagi asas disatu. – The Malaysian Insight

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply