Featured, Nasi Lemak Politik

PAU & PRU14 kini tiba, timbul semula isu 1MDB setelah sekian lama?

12/07/2017
1mdb

Lama tak dengar khabar pasal 1MDB ni. Kali terakhir masa US DOJ sibuk kutuk Malaysia sekarang ni di bawah telunjuk pemimpin “kleptocracy” (betul ye ejanya?). Tapi betulkah itu yang US sibukkan?

Mendengar penerangan salah seorang lawyer US DOJ pada 4/12/2017 yang lalu, nama dia Thomas C. Goldstein (sila google, jangan ambil bulat-bulat daripada saya je) ada terangkan panjang lebar pasal isu ni. Saya pun bukanlah lulusan undang-undang, tapi paham la sikit-sikit. Siapa yang dengar dengan hati dan minda terbuka akan faham kaitan 1MDB dengan US DOJ.

Senang cerita, apa yang US DOJ sebenarnya nak ialah menjejaki semula punca kewangan (tracing back source of fund) beberapa perkara yang dikatakan diseleweng individu atau organisasi terbabit sama ada terkait dengan dana 1MDB atau tidak(civil forfeiture). Makanya US DOJ sebenarnya membuat pemantauan berbentuk jenayah (criminal probing) bagi menentusahkan di manakah penyelewengan berlaku; di dalam 1MDB sendirikah? Di peringkat kelulusankah? Di peringkat penggunaan dana itukah? Persoalannya di manakah salahnya?

Yang menariknya isu ni timbul semula pada masa-masa kritikal, seolah-olah ada yang menangguk di air keruh. Pada hemat saya sekarang ni orang boleh buat macam-macam. Penerangan Thomas C. Goldstein sebenarnya dah jelas dan US DOJ dah berpuas hati dengan apa yang diorang perlukan, tapi mungkin sebab political rivalry dah jadi cerita lain. Ditambah dengan perhimpunan agung UMNO sedang berlangsung, timbul semula isu 1MDB, siap dengan komen-komen lapuk yang pernah diberi beberapa peguam US DOJ yang masa tu memang agak berkeras dengan Malaysia. Biasalah,kena gertak bagai, siapa yang tak melenting, siapa yang tak defensive?

Pada siapa yang malas nak google, saya sertakan link sebagai wadah minda untuk kick start semula pemahaman apa yang US DOJ mahu daripada isu 1MDB ni:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/12/05/lawyer-concerns-in-us-over-civil-forfeitures-such-as-in-the-1mdb-case/

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply