Featured, Tosainomics

Harga Minyak Di Malaysia Terlalu Tinggi?

11/27/2017
harga minyak

Sekarang tengah hangat diviralkan di media sosial bahawa harga minyak di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding dengan harga minyak pengeluar utama dunia lain seperti Arab Saudi, UAE, Iran, Qatar dan Venezuela. Betul ke?

Sebenarnya harga-harga minyak yang viralkan tu adalah harga lama sekitar 2014. Kini harga-harga tersebut sudah semakin meningkat. Kita ambil contoh beberapa pengeluar minyak utama dunia seperti Arab Saudi, UAE, Qatar, USA dan Rusia dan bandingkan harga minyak mereka yang setara dengan Ron95.

Di Arab Saudi harga petrol di stesen minyak negara itu kini adalah RM1.04 seliter, bukan RM0.39 seperti yang diviralkan baru-baru ini. Baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan sedang menimbang rancangan menaikkan harga minyak sebanyak 80% dan menghapuskan subsidi minyak dalam tempoh terdekat. Pada 1 Jan. 2018, Arab Saudi juga akan melaksanakan GST sebanyak 5% dan petrol tidak akan dikecualikan daripada GST. Oleh itu, harga minyak di negara itu sudah pasti akan meningkat pada awal tahun 2018.

Di UAE, harga minyak kini adalah pada RM2.17 seliter, bukan RM1.22 seliter seperti yang diviralkan. Kemungkinan besar harga kerajaan UAE akan menaikkan lagi harga minyak negara itu pada Disember ini berikutan keadaan ekonomi yang tidak begitu berkembang. Di Iran, harga minyak adalah pada RM1.25 seliter, bukan RM0.36 seliter seperti yang diviralkan. Di Qatar, harga minyak kini adalah pada RM2 seliter, bukan RM0.72 seliter seperti yang diviralkan.

Di USA, harga minyak di stesen adalah pada RM3.07 seliter. Harga minyak di USA tidak termasuk dalam senarai yang diviralkan pada hal USA merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak terbesar dunia. Di Rusia, harga minyak adalah pada RM2.62 seliter. Harga minyak di Rusia juga tidak termasuk dalam senarai yang diviralkan walaupun negara itu juga merupakan pengeluar minyak yang terbesar di dunia, mengatasi Arab Saudi.

Kita boleh buat rumusan bahawa harga minyak di Malaysia bukanlah tidak masuk akal seperti yang cuba dikatakan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Dan Malaysia bukan pengeluar minyak utama dunia berbanding dengan negara-negara di atas. Jelas dilihat bahawa harga minyak yang diviralkan adalah semata-mata untuk mengelirukan rakyat negara ini. Tanpa subsidi, harga minyak di Malaysia adalah antara 10 yang terendah di dunia. Kita perlu lihat fakta yang sahih dan jangan cepat terpedaya dengan apa yang diviralkan.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply