Aney Hipster & Rakan-rakan

Bajet 2018 Bajet Tidak Bertanggungjawab?

10/31/2017

Bajet 2018 memberi keutamaan pada kaum wanita. Antaranya kerajaan mewajibkan 30% wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC dan GLIC serta Badan Berkanun, cuti bersalin mandatori dalam sektor swasta dipanjangkan hingga 90 hari, pengecualian cukai pendapatan individu selama 12 bulan pada wanita yang kembali berkerja sekurang-kurangnya 2 tahun berhenti bekerja dan wanita mengandung 5 bulan ke atas dalam sektor awam dibenarkan pulang 1 jam awal. Apabila dilihat kepada pengorbanan kaum wanita yang begitu besar dalam negara ini, adalah wajar Bajet 2018 memberi tumpuan kepada mereka. Adakah ini yang dikatakan tidak bertanggungjawab?

Memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat, Bajet 2018 juga memberi keutamaan pada rakyat berpendapatan rendah iaitu B40. Kerajaan meneruskan pemberian BRIM yang dulu dikatakan oleh PH sebagai rasuah kerajaan kepada rakyat namun kini PH sudah beralih arah menyokong langkah ini. Pada masa yang sama, kerajaan juga meneruskan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KRIM) yang sedang distruktur semula bagi membolehkan rakyat yang kurang mampu mendapatkan barangan keperluan yang berkualiti pada harga yang lebih rendah daripada pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai runcit. Subsidi-subsidi baja dan benih kepada para petani dan bantuan kepada para nelayan-nelayan juga turut sediakan dalam Bajet 2018. PH sendiri kecoh melaungkan rakyat kini hidup sengsara dan tertekan kerana kos sara hidup yang tinggi. Jadi, apabila kerajaan memberi tumpuan kepada golongan B40, adakah Bajet 2018 tidak bertanggungjawab.

Pada masa yang sama, kerajaan mencadangkan penurunan kadar potongan cukai pendapatan sebanyak 2% pada golongan M40 yang berpendapatan RM9000 ke bawah. Langkah kerajaan ini akan membantu sebahagian para pekerja sektor awam dan swasta dan akan memberi pendapatan tambahan sehingga RM1000 sebulan kepada golongan M40 ini. Malah, ramai juga yang tidak akan lagi perlu membayar cukai pendapatan. Adakah ini yang dikatakan bajet yang tidak bertanggungjawab?

Hanya setakat ini saja pun kita boleh buat rumusan bahawa Bajet 2018 bukan seperti yang dituduh oleh PH. Walaupun kerajaan banyak menumpukan pada kebajikan rakyat dalam Bajet 2018, namun kerajaan masih tetap sedar bahawa amat penting bagi kerajaan terus bagi mengelakkan agensi-agensi kewangan dunia seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), dan agensi penarafan antarabangsa seperti Standard & Poor’s dan Fitch Ratings menurunkan gred pelaburan negara. Bajet 2018 dijangka menurunkan defisit bajet ke paras 2.8% pada 2018 daripada 3% pada 2017. Mungkin PH perlu berpikir dulu sebelum cepat mengatakan yang Bajet 2018 adalah bajet yang tidak bertanggungjawab.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply