Aney Hipster & Rakan-rakan

Mahathir VS. Najib: Ke Manakah Hala Tuju?

10/16/2017

Kita semua sedia maklum kini PM Najib berseteru dengan Tun Mahathir. PM Najib sibuk nak jaga air muka beliau, dasar beliau dan yang paling jelas, kedudukan beliau. Tun Mahathir kini berada di pihak pembangkang akan cuba sedaya-upaya menjatuhkan PM Najib, segala helah dan strategi yang ada, buka pekung di dada, orang kampung cakap expose all skeleton in the cupboard. Biasalah tu.

Tapi ramai sebenarnya nak tahu, kesudahan cerita ni. Kalau PM Najib & BN menang pilihanraya, life goes on as usual. Tak ada yang istimewa sangat (agaknyalah). Rasanya kalau lepas pilihanraya nanti rakyat masih mampu nak makan Mc Donalds camna teruk pun orang cakap ekonomi di bawah pentadbiran PM Najib. Yang ramai kepingin nak tahu apa penyudahnya kalau Tun Mahathir & pembangkang menang?

Adakah segala masalah & carca marba yang berlaku kini akan hilang? Adakah ekonomi kita akan meningkat mendadak? Adakah setiap rakyat Malaysia mampu mengamalkan gaya hidup yang lebih baik? Pendek kata what’s so special dengan pembangkang & sokongan Tun Mahathir? Adakah seluruh Malaysia akan nikmati “kemewahan” seperti Selangor? Atau jadi mundur seperti Kelantan? Atau hadap banjir seperti Pulau Pinang tak kira musim?

Seterusnya apakah Tun Mahathir mampu melihat legasi beliau direalisasikan? Yang dikhuatiri Tun Mahathir akan menerima nasib seperti Anwar Ibrahim, ditempelak ibarat habis madu sepah dibuang, takut nasib lagi dahsyat. Yelah, sebelum ni kan semua seteru, ada yang dilabel macam-macam, tindakan undang-undang sampai dipenjara, belum lagi isu kafir-mengkafir. Takut nanti pelanduk lupakan jerat, jerat tetap ingat pelanduk.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply