Aney Hipster & Rakan-rakan

Berita Gembira Untuk Penjawat Awam?

10/16/2017

Still tak boleh move on lagi dengan statement yang dibuat oleh PM yang mana menyatakan ada berita baik untuk para penjawat awam masa pembentangan bajet 2018 nanti. Tertanya-tanya jugak berita apa yang agaknya dia nak bagitahu tu. Tapi mostly ramai yang kata maybe berkaitan dengan bonus dan juga kenaikan gaji. Hmm, mungkin jugak la kan…Berita apa je lagi yang boleh menggembirakan dan memuaskan hati penjawat-penjawat awam ni? Tak lain tak bukan it’s all about the money la kan…Hahah.

Hmm..Well, mari imbau kembali sejarah penambahbaikan yang dah dibuat oleh kerajaan untuk penjawat awam. Kerajaan sejak lapan tahun kebelakangan ni memang macam-macam inisiatif dan penambahbaikan dibuat untuk menjaga kepentingan dan kebajikan penjawat awam. Perkara ni memang tak dapat dinafikan la sebabnya memang ada facts. Antaranya ialah dengan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak tujuh peratus hingga 13 peratus pada 2012. Lepas tu menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 bagi mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada tahun 2012. Then penetapan gaji terendah daripada RM832 kepada RM1,200 sebulan mulai Julai 2016 dan pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak tiga peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum. So, dari sini kita dapat lihat la memang banyak inisiatif yang dah di ambil oleh kerajaan untuk menaiktaraf kedudukan penjawat awam.

Selain daripada dalam isu penambahbaikan dari segi struktur gaji dan perkhidmatan, kerajaan turut melaksanakan penambahbaikan dari sudut kebajikan penjawat awam. Antaranya menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup atau COLA iaitu sebanyak RM50 sebulan pada tahun 2012 bagi penjawat awam yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan minimum kepada RM300 sebulan pada 2015. So banyak la kan?

Jadinya untuk kali ni, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam atau CUEPACS juga dikatakan dah ada hantar memorandum kepada kerajaan untuk mempertimbangkan 10 usul yang mana untuk menaiktaraf dan memperbaiki kedudukan kakitangan kerajaan. Contohnya ingin membantu penjawat awam yang telah dikategorikan sebagai miskin bandar yang mana mereka ni kadang-kadang sampai terpaksa membuat personal loan dan akhirnya perkara ni menjerat dan membebankan mereka. Selain tu, isu yang berkaitan dengan pembelian rumah. Yang mana rumah mampu milik ni sebenarnya adalah lebih sesuai disebut dengan “rumah mampu tengok je”. justeru antara cadangan CUEPACS adalah nak membina kediaman yang berharga antara RM80,000 sehingga RM150,000 je. Harap-harap, usaha CUEPACS ni membuahkan hasil la.

So, tak mahu la tulis panjang sangatkan, harapnya memang ada la berita baik yang nak disampaikan masa pembentangan tu nanti. Bukan sekadar berita gembira untuk penjawat awam, tapi berita gembira yang boleh memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Jangan la lepas naik gaji, pastu naikkan harga barang pula. Beat the purpose la gitu..huhu.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply