Featured, Nasi Lemak Politik

Malaysia Semakin Mundur?

10/12/2017
ekonomi malaysia

Semalam terbaca satu artikel dari pembaca tegar Malaysia Insight Athena Athena yang cuba memutarbelitkan fakta.

1. Menurutnya, jangkaan World Bank berdasarkan laporan terbaru badan dunia itu menunjukkan pertumbuhan ekonomi Malaysia semakin melemah. Dia cuma sebut jangkaan pada 2018 sebanyak 5% dan jangkaan pada 2019 sebanyak 4.8%. Sesenang itu penulis trsebut membuat rumusan. Dia tidak menyebut bahawa jangkaan WB pada 2017 telah meningkat kepada 5.2% untuk 2017 berbanding jangkaan badan itu sebanyak 4.9% sebelum ini. Nama pun jangkaan. Ia boleh berubah pasa bila-bila masa mengikut keadaan semasa. Sama seperti yang badan-badan dunia lain seperti Asian Development Bank (ADB) dan Fitch Ratings yang pada awal tahun ini menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara tumbuh lebih rendah daripada jangkaan terkini mereka terhadap ekonomi Malaysia.

2. Penulis kata ketika ekonomi negara-negara Asia lain neningkat, ekonomi Malaysia pula sebaliknya menurun.
Kenyataan itu tidak benar. ADB kata di Asia, Malaysia selain daripada Hong Kong, telah menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang di luar jangkaan sebanyak 5.7% pada separuh tahun 2017. WB country manager Farid Hadad-Zervos sendiri kata badan itu menjangkakan Malaysia akan terus tumbuh ke paras yang lebih tinggi lagi. Yang mereka letak jangkaan lebih rendah untuk 2018 dan 2019 tu adalah sebab mengambil keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu seperti ketidaktentuan polisi negara-negara maju seperti US di bawah President Trump dan EU yang sedang berhadapan kemelut Brexit, harga minyak dan komoditi global, dan ancaman geopolitikal dan pengganasan yang semakin meningkat. Risiko-risiko tu semua adalah dari luaran yang di luar kawalan Malaysia.

3. Soalan Farid- Hadad Zervos mengenai kesan pertumbuhan ekonomi Malaysia terhadap kehidupan rakyat Malaysia. Bagi saya, itu soalan yang adil. Apa yang penulis nak sampaikan tidak jelas. WB melihat bagaimana kadar kemiskinan Malaysia telah turun daripada 0.6% pada 2014 kepada 0.4% pada 2016. Dengan jumlah penduduk seramai 31.6 juta pada 2016, rakyat miskin Malaysia adalah seramai 1.264 juta. Usaha masih berterusan untuk mengurangkan lagi jumlah tersebut. Perlu juga ingat, tiada negara yang mempunyai kadar kemiskinan sifar. Kalau penulis jumpa mana-mana negara sila kongsi maklumat.

4. Penulis quote WB kata hutang isi rumah di Malaysia adalah melebihi 70%. Itu memang betul. Tapi jumlah besar dalam peratusan itu adalah hutang beli rumah dan kereta. Rumah adalah aset jadi ia tidak menjadi isu.

5. Penulis mempersoalkan kenapa Malaysia masih belum masuk G20. Yang dalam club tu semua negara yang besar dari segi saiz, jadi GDP mereka pun patutnya la besar juga. Malaysia hanya sekangkang kera je besarnya dengan rakyat beberapa juta, sememangnye la tidak layak masuk G20 dan mempunyai jutawan seramai di Indonesia dan Thailand. Di Asean hanya Indonesia sahaja dalam G20, jadi tidak benar bila dia kata Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan jiran-jiran lain. Tapi Malaysia masih mampu menjadi salah satu negara yang berdaya saing tinggi di dunia.

6. Perbandingan pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan Iraq, Bangladesh dan Ethiopia. Ketiga-tiga negara tersebut tidak sama club dengan Malaysia. Mereka boleh dibandingkan dengan Malaysia semasa awal 80an., bukan sekarang. Dulu GDP Malaysia tumbuh 8-9%. Dan yang paling penting, negara kita aman tidak pernah bergolak, berperang dan berlaku kebulurun dari dulu hingga kini.

7. Penganguran anak muda sebanyak 12.1%. Yang ini sabjectif sebenarnya. Sebab ramai anak muda di Malaysia belajar dan buat part time masa cuti semester sahaja. Dan juga ada anak muda yang tidak mahu bekerja selepas habis belajar sehingga dapat kerja yang mereka suka. Itu adalah antara sebab-sebab mengapa kadarnya tinggi. Keengganan anak muda bekerja di luar bidang yang mereka pelajari juga menyumbang kepada kadar tersebut. Malaysia mempunyai peluang pekerjaan yang besar. Lihat di akhbar-akhbar, online, jobstreet, terdapat banyak iklan pekerjaan. Lagi sekali, penulis cuba menimbulkan isu di mana tiada wujudnya isu. Semua fakta diputarbelit atau diambil di luar konteks yang tidak mencermin perkara sebenar di Malaysia. Atau mungkin penulis sendiri kurang faham apa yang ditulis…

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply