Aney Hipster & Rakan-rakan, Featured, Tosainomics

PELABURAN KERAJAAN UNTUK RAKYAT HARUS DIPUJI BUKAN DIKEJI

09/14/2017

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka. Ini bermaksud Malaysia menerima dana pelaburan asing dan pada masa yang sama juga melabur di negara-negara luar. Justeru, kecaman pihak pembangkang ke atas keputusan pelaburan kerajaan di Amerika Syarikat, sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sewaktu pertemuan beliau dengan Presiden Donald Trump pada 12 Sept 2017 baru-baru ini adalah tidak difahami dan dibuat penuh dengan perasaan iri hati.

Pada tahun lepas sahaja, kita telah menerima pelaburan dana asing berjumlah RM47.2 billion dan sehingga Jun 2017, sebanyak RM25.3 billion FDI telah dicatatkan. Malah, pelaburan langsung kerajaan dan syarikat Malaysia di luar negara sehingga 2017 telah mencatatkan jumlah sebanyak RM1.7 trillion dan ini adalah satu angka yang sangat membanggakan.

Sebagai contoh, pengumuman pelaburan tambahan KWSP di Amerika Syarikat sebanyak USD4 Billion di atas pelaburan sedia ada sebanyak USD7 Billion adalah bukti bahawa KWSP terus yakin untuk mendapat manfaat berterusan dari pasaran Amerika Syarikat yang terbukti cemerlang dalam memberikan pulangan yang baik. Pelaburan tersebut, seperti mana pelaburan-pelaburan lain di negara-negara lain adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan negara dan rakyat, khususnya di masa depan.

Selain itu, ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia tidaklah bersikap sebagai pengemis, memohon bantuan kewangan dari Amerika Syarikat semata-mata. Kehadiran delegasi YAB PM ke sana dan pengumuman pelaburan agensi kerajaan seperti KWSP dan Khazanah Nasional selain pembelian pesawat Boeing dan perjanjian persefahaman (MoU) antara Boeing dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) menunjukkan bahawa negara kita adalah negara yang berkemampuan dan tidak hanya negara dunia ketiga. Pembangkang tidak sepatutnya mengecam dan bersikap populis dalam hal ini, kerana keputusan penting seperti ini sepatutnya menerima pujian, bukan kecaman.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply