Aney Hipster & Rakan-rakan

GST Penyelamat Kepada 1MDB?

08/05/2017

Baru ni pihak Pakatan Harapan dah berjaya timbulkan isu yang mana menyatakan bahawa pelaksanaan GST selama ni kononnya adalah bertujuan untuk membayar hutang 1MDB. Mungkin bila sekali baca tajuk berita yang pihak media siarkan di platform sosial media, otak kita terus berfikir “Ya tak ya jugak…Entah-entah betul GST ni sebenarnya untuk cover hutang 1MDB la tu”. So, siapa yang dah terfikir macam tu, jangan percaya bulat-bulat dulu.

Macam biasa la tuduhan pihak Pakatan ni boleh dikira sebagai satu lagi langkah percubaan untuk meraih sokongan walaupun mereka faham tujuan sebenar GST ni diperkenalkan. Even, mereka sendiri pun tak konsisten mengenai hal GST ni sampai satu tahap mereka kata akan turut terpaksa kekalkan GST kalau mereka menang PRU14 akan datang ni. So, macam mana tu?

Ok, straight to the point, adakah hasil GST sebenarnya untuk cover hutang 1MBD? Alright macam ni, FYI, selama ni hasil pendapatan negara kita banyak ditampung hasil minyak untuk make sure semua perkhidmatan awam dan juga perkhidmatan asas dapat kita kecapi bersama. Tapi masa tahun 2014, harga minyak dunia jatuh mendadak dan sekaligus Malaysia pun turut terkesan. So, situasi ni menyebabkan hasil negara kita masa tu berkurang lebih daripada RM40 bilion. Yang mana RM40 bilion ni merupakan satu jumlah yang besar dan pastinya boleh menyebabkan banyak perkhidmatan terpaksa dihentikan. Pelaksanaan GST pada April 2015 yang sememangnya telah dirancang lama sebelum kejatuhan mendadak harga minyak dunia. Tiada siapa sangka harga minyak akan jatuh sebegitu teruk. Namun hasil kutipan GST telah berjaya membantu mengurangkan impak kejatuhan tersebut dan ensure semua perkhidmatan dan kemudahan asas dapat diteruskan.

Tapi nak buat macam mana? Pergi kat mana-mana pun takkan ada cukai yang popular dikalangan rakyat, tak kiralah banyak mana ianya boleh bagi manfaat terhadap pembangunan dan kemudahan asas dalam negara. Yelah, itu la hakikatnya, siapa je yang suka kena cukai kan? Tapi kena ingat, kalau takda GST, mungkin pembangunan negara tak sama macam yang ada sekarang.

So, GST ni sebenarnya bukan la untuk cover hutang 1MDB seperti yang didakwa pihak pembangkang. Isu seperti ni memang sengaja dimainkan untuk mewujudkan sentiment benci kepada kepada pihak kerajaan dikalangan rakyat je. Percaya la, bila mereka dah berjaya nanti, hasil GST ni lagi la entah pergi ke mana. Takut-takut pergi ke anak beranak depa je. Penyudahnya, rakyat yang lagi merana.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply