Aney Hipster & Rakan-rakan

Pemimpin DAP Takut Apa?

07/13/2017

Baru-baru ini hampir semua portal berita, baik daripada yang pro-BN kepada yang pro-PH melaporkan perkembangan dalaman DAP, yang mana pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JEP) parti tersebut pada tahun 2013 dipertikaikan. DAP bagaimanapun memberi DUA HARI untuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau RoS memberikan notis secara rasmi yang “mengarahkan DAP supaya mengadakan pemilihan JEP sekali lagi”. DAP juga mempersoalkan kenapa baru sekarang isu ini dibangkitkan RoS, dan tidak sejurus selepas pemilihan JEP tahun 2013?

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? Saya benar-benar merasakan bahawa RoS bertindak berikutan aduan terbaru daripada ahli DAP sendiri. Jika ini benar, ya, maka RoS perlu mengeluarkan notis rasmi dan mengarahkan DAP membuat pemilihan pemimpin sekali lagi.

Apa pun, sepertimana kata Naib President PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini, DAP tidak perlu takut dan sepatutnya terus membuat cabutan undi baru untuk pemimpin pusatnya. Pada saya, sekiranya DAP akur dan ikut arahan RoS ini, dan pemimpin yang sama menang dalam pemilihan, ia akan membuktikan dua perkara:

Pertama, Keluarga Lim (Kit Siang dan Guan Eng) masih berkuasa mutlak dalam parti dan;

Kedua, RoS tidak harus mempertikaikan lagi sistem pemilihan JEP DAP kerana pemilihan tahun 2013 telah diadakan berikutan arahan RoS sebelum ini yang juga mempertikaikan pemilihan pemimpin parti yang telah diadakan tahun sebelumnya. Niat RoS pastinya boleh dipersoalkan…

Jadi saya seru supaya DAP buktikan ketelusan parti sebagaimana yang diwar-warkan dan tidak perlu takut dengan RoS. Guan Eng juga, sekiranya menang dalam pemilihan ini, akan dapat kekal di tampuk kepimpinan parti dengan mandat baru sebelum bermulanya PRU-14. Jadi, benarkah terdapat perkara yang ingin disorokkan pemimpin DAP sepertimana tuduhan RoS? Berani kerana benar DAP… Mari kita lihat drama seterusnya…

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply