Aney Hipster & Rakan-rakan, Featured

Tun M Mungkin Jadi PM Malaysia. Mungkin.

06/03/2017

Pergolakan dalaman Pakatan Harapan memilih bakal Perdana Menteri (PM) dari kalangan mereka menjadi semakin menarik setelah Tun M mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mungkin terpaksa menimbangkan semula untuk menjadi PM jika terdapat permohonan daripada Pakatan Harapan. Ini berikutan tinjauan yang telah di buat oleh Malaysiakini mendapati 69.9% daripada 12,777 responden bersetuju agar Tun M menjadi PM Malaysia semula.

Sehingga kini di pihak Pakatan Harapan, hanya Datuk Zaid Ibrahim yang beria-ia mengangkat Tun M sebagai calon PM. Di sudut lain pula, PKR yang didominasi oleh ahli keluarga Anwar, masih berharap agar beliau dinaikan menjadi PM selepas dibebaskan. Bagi pemimpin PAN pula tiada kenyataan yang jelas berhubung perkara ini. DAP pula sejak dari awal dilihat lebih rela jika Anwar Ibrahim di angkat menjadi PM. Lim Kit Siang dan pemimpin DAP selain Datuk Zaid Ibrahim lebih mempercayai Anwar Ibrahim berbanding Tun Mahathir yang pastinya terbukti amat licik sepanjang menjadi PM Malaysia selama 22 tahun.

Jelas, Lim Kit Siang tidak akan bersetuju jika Tun M diangkat menjadi PM apabila beliau sanggup berpakat dengan PKR mengangkat sepanduk menyokong Anwar semasa Persidangan PKR walaupun sedar Tun M berada disisinya.  Disebabkan pergolakan dalaman ini, pastinya rakyat akan berfikir semula dan lebih yakin untuk memberi mandat kepada Najib untuk terus memimpin Malaysia.

Ternyata sehingga kini, Pakatan Harapan masih menjual “impian” kepada 31 juta rakyat Malaysia. Tun M juga mengakui perkara ini dengan menyatakan peluang BN menang lebih cerah berbanding pembangkang. Dalam PRU ke-14 nanti, jika BN menang, ia bukan disebabkan UMNO atau BN hebat, tetapi kerana Pakatan Harapan sendiri yang tak mampu berpakat dalam banyak perkara. Biar rakyat menilai.

Mr Barista

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply