Aney Hipster & Rakan-rakan

Benarkah Langkah Berani Kerajaan Menyebabkan Ekonomi Malaysia Terus Kukuh?

05/24/2017

Minggu lepas majalah Forbes telah meletakkan Malaysia pada kedudukan paling atas dalam kalangan semua negara Asia untuk pelaburan asing…Dengan pertumbuhan 2 kali ganda ekonomi dunia iaitu sebanyak 5.1 peratus, RM41 bilion pelaburan langsung asing 2016, kekurangan hasil minyak digantikan dengan hasil kutipan GST RM42 bilion, 2.26 juta peluang pekerjaan baru dan 47 peratus indeks jenayah berjaya dikurangkan.

Jadinya langkah berani pihak kerajaan yang dimaksudkan ini terutamanya melalui program NTP yang mana telah dilaksanakan sejak 8 tahun lepas kononnya dianggap telah berjaya mencetuskan momentum dan akhirnya telah meletak Malaysia pada kedudukan ekonomi yang sihat dan juga tepat.

Najib Razak juga ada menyatakan bahawa langkah seperti pemansuhan subsidi minyak, pengurangan kebergantungan kepada hasil minyak, rasionalisasi subsidi, dan GST telah memberikan pulangan yang tinggi kepada rakyat serta negara. Daripada statement ni, Aney rasa ada “pro and cons” nya… Mungkin ada pembaca yang setuju dan ada yang kurang setuju..To be honest, Aney pun ada benda yang Aney kurang setuju. Sebabnya, sebagai rakyat, kita yang paling tahu tahap keadaan ekonomi kita macam mana kan..Jadi, maybe korang pun ada pendapat korang masing-masing.

So, Beralih pada point seterusnya…Dari segi pencapaian, bidang NKRA dan NKEA iaitu dua aspek yang dikategorikan amat penting dalam program NTP telah merekodkan kejayaan apabila mencatatkan pencapaian sebanyak 101 peratus! Hebatkan? Tapi adakah ianya sekadar retorik? Ataupun hanya sekadar syok sendiri? Sama-sama kita korek dan cari info-nya lagi nanti..

Seterusnya mengenai manifestasi kepada hasil kejayaan kerajaan mewujudkan NTP ini dapat dilihat melalui pelaburan asing yang meningkat iaitu kepada RM41 bilion pada tahun lepas. Dan jumlah ini tidak termasuk dengan jumlah iaitu sebanyak RM144 bilion yang mana bakal dibawa masuk dari negara China…Tidak sekadar itu, ianya juga tidak termasuk dengan jumlah pelaburan dari Saudi Aramco iaitu sebanyak RM31 bilion dalam projek Kompleks Bersepadu Pengerang Johor pada tahun ini…Dengar macam gempakkan? berbilion-bilion pelaburan kat Malaysia ni…Tapi, persoalanya adakah pelaburan-pelaburan ini akan memberi kesan yang baik pada masa akan datang? Atau sebaliknya?

Jadinya, mungkin sekadar itu dulu la yang Aney mahu kongsikan dalam penulisan kali ni..Apa-apa pun, jangan terus percaya dengan contents yang Aney tulis ni, cuma kita ni perlu berfikir dan kaji dengan apa yang dibaca..

Salam.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply