Featured, You Kuai Viral

Dihalau Dari KLCC, Hanya Kerana Pakai Pakaian Tradisional Sarawak? Apesal Pulak?

05/16/2017

Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang lelaki mendakwa sekumpulan penari kebudayaan dari Sarawak dihalau oleh pihak pengurusan KLCC hanya kerana mereka mahu mengambil gambar di taman bangunan tersebut

Pengguna Facebook, Abam Supir, yang juga bertanggungjawab melayan kumpulan itu turut meluahkan rasa sedih dan hampa dengan apa yang berlaku serta kesal dengan tindakan pihak berkenaan.

Menurut Abam Supir, kumpulan penari itu datang bagi menghadiri satu pertandingan tarian kebudayaan yang diadakan di Angkasapuri. Kemudian mereka mahu singgah ke taman KLCC untuk ambil gambar kenang-kenangan tetapi dihalau oleh Management Petronas dengan alasan pakaian tidak sesuai.

Kata Abam Supir, lagi mereka dihalau seolah-olah mereka melakukan satu kesalahan yang besar”

Mereka dihalau, seolah-olah memakai pakaian kebudayaan tersebut satu kesalahan. Bila ada pelancong yang mahu bergambar dengan mereka juga tidak dibenar. Yang lebih menguriskan perasaan apabila pihak berkenaan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya,” katanya.

“Nak amek gambar sini, pergi balik hotel tukar baju dulu…” – Itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan tersebut.

Oleh sebab terkesan dengan insiden tersebut, seorang pengguna Facebook Haslina Bujang telah memuat naik status laman sosial tersebut dan mempersoalkan tindakan yang pihak pengurusan KLCC

WARGA SARAWAK DIHALAU DARI KLCC HANYA BERBAJU TRADISI

BUKAN berhasrat untuk melatah atas kejadian yang menimpa sekumpulan penari kebudayaan anak Sarawak yang dikatakan DIHALAU seperti anjing kurap oleh pihak keselamatan bangunan KLCC tetapi caranya itu langsung tidak masuk akal waima KLCC itu “bangunan persendirian” yang mempunyai “dress code” tertentu. Begitulah seperti yang digambarkan oleh seorang warga Malaysia bernama Abang Supir di dalam postingnya.

Berdasarkan kepada pemahaman saya sememangnya Suria KLCC yang menjadi mercu tanda “kehebatan” Petronas ini mempunyai amalan dress codenya tersendiri. Tetapi di dalam pada itu perlulah diingat bahawa sekiranya di bahagian taman-taman KLCC ianya adalah open for public. Bila berbicara soal taman sudah tentu sebelum ini sememangnya ada mereka yang berpakaian beragam mengambil gambarnya. Daripada mereka yang baru menjadi “Raja Sehari” inilah tempat popular untuk mengambil detik-detik indah.

Cuma saya ingin bertanya apakah pula dress code untuk mengambil gambar di kawasan KLCC sekiranya ada. Bagi saya asalkan “proper dress code” maksudnya berbaju dan bukan berbogel itu sudah memadai. Atau adakah ini adalah “super ignorant” daripada rakyat Malaysia i.e security guard yang tidak memahami budaya dan tradisi masyarakat Sarawak amnya. Tidakkah mereka tahu bahawa baju tradisional masyarakat dayak Sarawak juga adalah pakaian tradisional Malaysia seperti baju melayu, baju kebaya, cheongsam dan sari????

Atau mungkin yang dimaksudkan security guard di KLCC ini adalah bukan di kalangan warga Malaysia sebaliknya Nepal, Myammar yang ramai memenuhi jawatan di KLCC seperti yang sering kita lihat. Wajar untuk mereka disekolahkan kerana ini budaya kita BUKANNYA sesiapa yang mengenakan baju tradisi Dayak Sarawak seperti “pengebom berani mati” atau sebagainya yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung di KLCC.

Lagipun hasrat hati hanya ingin bergambar di kawasan taman bukannya masuk ke dalam bangunan KLCC yang terkenal dengan gedung-gedung 7 star yang hanya mampu dibeli oleh orang asing bukan rakyat Malaysia pun. Tidak pula mereka hendak bergambar di dalam bangunan pencakar langit sedangkan kita tahu ada prosedur security dibawahnya yang memerlukan banyak security check sebelum menyinggah di lif.

Sebagai anak Sarawak saya merasa ini adalah satu penghinaan kepada tradisi dan budaya masyarakat Sarawak. Dan sewajarnya pihak pengurusan Petronas jangan hanya lepas tangan dan perlu melihat ini secara serius. Jangan gah sebagai kawasan pelancongan konon tetapi adab tiada langsung. Terdetik pula di hati, nak mendirikan bangunan itu hasil bumi Sarawak habis kering dikorek tetapi rakyatnya nak bergambar pun dibuat macam anjing kurap. Mun kamek urang nak berungkitlah nak!

Bagus lagi saya cadangkan agar keseluruhan perimeter Suria KLCC itu DIPAGARKAN sahaja. Senang cerita biar public tahu tidak payah nak bergambar di kawasan tamannya kerana “Property Persendirian” tek nak. Sarcasm.

p/s: sabar2 kita urang Sarawak kelak kita dirikan KLCC di Sarawak kedirik. Lebih tinggi dari sidaknya kakya kita bergambar ramei2 ok. Masa nya akan tiba.. tunggu jak – SAYS

Mr. Barista says
Kecoh betul pihak pengurusan Petronas ni…Orang tu nak amik gambar kenang-kenangan je pun. Bukan buat picket or rusuhan semua bagai. Alasan tak bagi bergambar tak munasabah pulak tu..Sebabnya pasal pakaian tak sesuai..C’mon la..Pakaian tradisional je kot..Diorang pun takde bawak lembing-parang bagai..Memang la camtu…Lagi satu bukan diorang bogel pun…Pihak pengurusan Petronas sepatutnya faham la sikit…Dah nama pun 1 Malaysia..berbilang kaum dan bangsa..KLCC tu pun kawasan tourist..So diorang ni pun boleh jadi free promotion booster, bukan untuk foreign tourists, tapi local tourists jugak…Kita ni dok dalam Malaysia dikelilingi dengan pelbagai kaum jadi takkan la tak pandai hormat tradisi diorang?. Lain kali lepas ni korang pagar je la kawasan KLCC tu…Then pacak signboard tulis “Dilarang Mengambil Gambar Di Kawasan ini”…Senang, orang pun tak ingin nak amik gambar kat situ lagi..Lagi pun banyak lagi tempat cantik kat Malaysia ni.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply