Featured, You Kuai Viral

Serangan Ke Atas Sekolah Tahfiz. Muslihat atau Kebetulan?

04/29/2017

Satu insiden yang menggemparkan minggu ini, pelajar tahfiz meninggal akibat komplikasi dari jangkitan kuman dikatakan bermula dari pelajar tersebut dipukul di kaki.

Semoga Al-Marhum pergi dengan baik dalam usaha murninya untuk menghafal Al-Quran. Namun, untuk kita moga ianya menjadi iktibar. Kita tunggu siasatan perubatan sebelum membuat apa-apa tuduhan.

Apakah insiden ini perlu menjadi punca untuk serangan bertalu ke atas sekolah tahfiz yang niat murninya untuk melahirkan para huffaz. Sedangkan kebanyakan kita tidak mampu untuk membantu kewujudan dan penerusan institusi menghafal Al-Quran ini.

Apatah lagi, untuk diri kita sendiri, ramai dari kita tidak mampu capai usaha menghafal ini. Jauh lagilah untuk kita menanggung tanggung jawab mendidik sendiri anak-anak kita menjadi huffaz. Maka usaha sesetengah mereka yang cuba mengekal tradisi hafalan Al-Quran ini adalah suatu usaha murni dan wajar diberi sokongan dan segala bantuan.

Dengan satu insiden begini kita hendak serang habisan? Seronoklah puak liberal dan anti Islam itu. Inilah peluang yang mereka cari-cari. [baca: Khutbah Jumaat kita dikatakan mempromosi ekstremisme]

Kenapa kita hendak cari salah? Kenapa tidak kita berusaha untuk membantu intitusi sebegini menjadi lebih baik. Lihat sahaja banyak pusat-pusat tahfiz bergerak dalam keadaan yang daif sekali. Berapa wang ringgit yang kita jolikan di Gloria Jeans atau Starbuck sedia kita korbankan untuk mengisi tabung-tabung bantuan pusat tahfiz dan sekolah pondok?

Kita mungkin mempunyai segala kepakaran dan pengalaman profesional, tetapi berapa detik masa kita yang sedia kita korban untuk membantu usaha murni mereka berbanding dengan masa yang kita habiskan di padang golf atau lain-lain aktiviti rekreasi?

Di hari ini orang kita cepat sahaja ber”whatsapp” dan mencurahkan kata nista dalam FB dan komen-komennya. Kenapa tidak kita hulurkan buah-buah fikiran yang bernas untuk secara sukarela membantu mereka? [baca: Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa?]

Jangan kita sibuk menghulurkan kayu api kepada mereka yang sedang membakar rumah kita.

Apakah puak-puak Kristian sibuk menyerang institusi gereja mereka apabila laporan demi laporan, kes demi kes, skandal demi skandal dan pengakuan demi pengakuan tentang salah laku seks dan penderitaan seks kanak-kanak dilakukan oleh paderi dalam gereja? [baca: Pedofilia dan Penganiayaan Seks Dengan Vatican dan Gereja – Berpisah Tiada dan Sah! Kes Pedofilia Banyak Dan Cuba Disembunyikan Oleh Vatican – A Karim Omar

Ice.King requotes: “Jangan kita sibuk menghulurkan kayu api kepada mereka yang sedang membakar rumah kita.”

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply