Aney Hipster & Rakan-rakan

Jangan Politikkan Projek Yang Memanfaat Rakyat

08/14/2017

Percaya atau tak, apabila seseorang tu duduk di kerusi ‘panas’, jadi setiap tindak tanduknya pasti akan sentiasa mendapat perhatian. Maka bagi golongan yang macam ni, setiap pujian yang seseorang tu terima akan hilang macam tu saja kalau beliau tersilap dalam membuat keputusan. Benda-benda macam ni semua boleh jadi bila ada pihak yang suka sangat mempolitikkan setiap perkara yang dibuat. Ada saja yang tak kena.. Itu salah, ini salah… Semuanya tak betul. Lebih-lebih lagi dengan kemajuan teknologi sekarang ni, dalam beberapa saat je boleh viral ke seluruh negara. Masyarakat kita pulak akan terus percaya tanpa usul periksa apa yang sebenarnya berlaku. Macam baru-baru ni, masa perasmian pecah tanah projek ECRL, mula la timbul macam-macam suara sumbang yang nak mempolitikkan majlis tu, kononnya kata negara kita mula dijajah semula oleh kuasa asing. Tambah pulak ada gambar-gambar video yang kononnya ada penggunaan bahasa asing secara penuh masa majlis perasmian, padahal majlis tu bukannya acara perasmian yang dihadiri PM, tapi sebenarnya satu majlis yang berasingan bila jurutera dari China ni nak raikan kedatangan VIP diorang.

Yang peliknya geng-geng yang viralkan video ni tak hadir pun kat majlis tu then berlagak macam keyboard warrior… Kononnya diorang ni bangga la berjaya dedahkan yang negara kita ni sebenarnya bakal dijajah. So benda-benda macam ni memang dikira sebagai satu taktik untuk nak sabotaj sebuah projek yang boleh bagi manfaat kat seluruh rakyat Malaysia.

Kalau dilihat pada projek ECRL ni, maybe ramai yang tak sedar bahawa projek ni untuk membangunkan pembangunan seimbang antara negeri-negeri kat Pantai Barat & jugak kat Pantai Timur. Dari satu sudut yang lain pulak, dah sah-sah projek ni bukak peluang pekerjaan kepada rakyat kat negara ni especially kat penduduk negeri tu sendiri. So, itu la sebabnya PM cakap projek ni boleh jadi pencetus perubahan pembangunan ekonomi kat Malaysia ni. 

Selain tu isu pelaburan dengan China pun nak dipolitikkan. kadang-kadang terfikir diorang ni lupa ke Malaysia memang dah lama ada hubungan diplomatik dan perniagaan dengan China? Sedangkan masa Allahyarham Tun Abdul Razak pun kita ni merupakan negara ASEAN yang pertama menjalin hubungan dua hala dengan China. Jadi, itu la sebabnya tak perlu nak besar-besarkan isu pelaburan dengan China ni padahal negara kita sentiasa ‘membuka pintu’ pelaburan dari macam-macam negara seperti Jepun, Arab Saudi, EU dan Amerika Syarikat.

Jadinya kat sini, jangan la asyik nak pandang setiap projek tu semuanya negatif. Macam projek ECRL ni, projek ni la yang akan bawak nama Malaysia untuk jadi sebuah negara yang boleh membuktikan perkhidmatan awam kat negara kita ni bertaraf dunia dan siapa tahu satu hari nanti boleh jadi pemangkin pada pembangunan ekonomi negara. Siapa sangkakan?

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply