Aney Hipster & Rakan-rakan

Tun M Terperangkap Dalam Politik Kebencian Pembangkang

08/11/2017

Mahdzir kata Mahathir Terperangkap?

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan Tun M sebagai seseorang yang terperangkap dalam “politik kebencian” yang dimainkan pakatan pembangkang.

Saya amat tidak bersetuju dengan Mahdzir atas kenyataan beliau ini. Tun M merupakan seorang ahli politik yang cekap dan beliau sememangnya sangat berpengalaman. Siapa Mahdzir Khalid yang hendak mempersoalkan permainan politik Tun M? Umpama kenyataan Menteri Pelancongan sebelum ini, Dato’ Seri ni baru setahun jagung dalam politik jika dibandingkan dengan Tun M.

Untuk makluman Dato’ Seri Mahdzir, sebenarnya Tun M ni tidak terperangkap sama sekali. Tun M lah merupakan pengasas politik kebencian dan strategi beliau amat effektif. Sewaktu beliau Perdana Menteri dahulu, Tun M telah mewujudkan perasaan benci yang amat tinggi di kalangan orang-orang UMNO terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim. Bekas TPM ini dikutuk, dicemuh, diherdik, dikatakan agen Amerika-Israel dan dituduh sebagai seorang homoseksual yang tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun! Benci sungguh orang UMNO pada Anwar waktu itu dan dilihat ada yang melarat sehingga ke hari ini.

Kini sasaran Tun M adalah Najib Razak dan perkara yang sama akan berlaku yang mana segala keburukan dan tuduhan sedang dilemparkan. Dahulu Anwarlah yang paling jahat, terkutuk dan terkeji, kini giliran Najib pula. Tun M memang merupakan seorang strategis politik yang bijaksana, lebih-lebih lagi dalam menaikkan agenda politik beliau sendiri. Perkara ini tidak dapat dinafikan…

Maka saya ulangi kenyataan saya, Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak wajar menyifatkan Tun M sebagai seorang yang terperangkap dalam “politik kebencian”, sebaliknya, Tun M lah yang menyemarakkan api politik kebencian dalam pakatan harapan…

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply