Featured, Uncategorized, You Kuai Viral

SPRM Siasat Felda Beli Hotel 4 Bintang Di London

07/14/2017

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan pasukan penyiasat membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel 4 bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Ia susulan SPRM menerima maklumat baharu berhubung pembelian itu, yang dilakukan antara 2013 dan 2015.

“FIC dipercayai telah membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit,” kata SPRM dalam kenyataan hari ini.

“Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenalpasti sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam pembelian hotel tersebut.”

Menurut SPRM, dokumen berkaitan pembelian hotel tersebut kini dalam pegangan SPRM, yang sedang menilai dan meneliti kesemua maklumat yang diperolehi.

Beberapa saksi penting akan dipanggil dalam masa terdekat bagi tujuan merakam percakapan, untuk mendapatkan maklumat serta bukti kukuh sebelum tindakan lanjut diambil.

Ditubuhkan pada 2013, FIC adalah cabang pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan tumpuan kepada sektor hartanah, keraian dan minyak dan gas.

FIC dilaporkan membeli sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London pada £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan berkata pembelian pembelian Grand Plaza Kensington itu sebahagian daripada “langkah strategik” FIC untuk mempelbagaikan aset dan memastikan ia dapat “memaksimumkan pulangan pelaburan” syarikat.

Pembelian itu menjadi pelaburan ke-12 FIC dalam portfolio keraian, selepas Felda membayar £98 juta (RM538 juta) untuk sebuah pangsapuri perkhidmatan 198 unit di Bayswater, London pada 2013. – FMT

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply