Featured, Tosainomics

BNM Masih Kekalkan OPR Pada Tahap 3 Peratus

07/14/2017

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), penanda aras rujukan pinjaman pada tiga peratus.

Keputusan mengekalkan kadar itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.

“Pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari adalah akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.

“Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan terus menilai baki risiko yang menyelubungi tinjauan bagi pertumbuhan domestik dan inflasi,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bank Negara berkata, ekonomi Malaysia mencatat prestasi lebih baik daripada dijangkakan pada suku pertama 2017, dengan pertumbuhan dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh dengan rangsangan tambahan eksport.

Melangkah ke hadapan, bank pusat berkata, prospek pertumbuhan global yang lebih baik akan memacu prestasi eksport yang mapan dan menjana limpahan positif kepada ekonomi domestik.

Penggunaan swasta, jelasnya, akan dipacu oleh upah yang tinggi dan pekerjaan. “Tinjauan pelaburan yang lebih baik didorong oleh projek infrastruktur sedang dijalankan dan baharu, dan pengembangan kapasiti yang mantap dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.

“Secara keseluruhan, ekonomi dijangka mencatatkan pertumbuhan tinggi pada 2017,” katanya. – Berita Harian

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply