Nasi Lemak Politik, Uncategorized, You Kuai Viral

Mengejutkan! Perkahwinan Pertama ‘Gay Islam’ Di Britain!

07/12/2017

Perkahwinan 2 lelaki gay di Britain, salah seorang daripadanya warga Bangladesh, Jahed Choudhury, melakar sejarah sebagai majlis perkahwinan sejenis pertama melibatkan lelaki Islam.

Dailymail melaporkan Jahed, 24 mengahwini Sean Rogan, 19, dengan kedua-dua “mempelai” memakai pakaian pengantin tradisional Bangladesh.

Majlis perkahwinan pada 22 Jun itu turut dihadiri keluarga dan rakan-rakan daripada kedua-dua belah pihak.

Keluarga Jahed diwakili ibu, kakak, adik dan sepupunya. Manakala ibu serta 2 kakak dan abang Sean turut hadir pada majlis tersebut.

“Saya ingin katakan kepada semua orang yang melalui perkara yang sama seperti saya, tidak mengapa, kita akan tunjukkan kepada dunia bahawa anda boleh menjadi gay dan Islam,” katanya yang mendakwa mengambil langkah penting untuk masyarakat Islam dan LGBT.

“Saya kini menantikan kehidupan bahagia bersama Sean,” katanya yang berbulan madu ke Sepanyol.

Menceritakan detik pertemuannya dengan Sean, Jahed berkata dia sedang menangis di atas bangku di bandar Darlaston akibat tertekan kerana sering dihina dan Sean telah menegurnya.

“Sean kemudian mengambil berat tentang saya dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk menjadi pasangan.”

Menurut Jahed, dia dibesarkan dalam penghinaan oleh masyarakat Islam kerana dia gay, bahkan dia pernah dihantar menunaikan haji untuk mengubah orientasi seksnya.

Jahed berkata ke mana sahaja sekolah dihadirinya mengundang cemuhan, termasuk yang meludahinya, membaling sampah, memanggilnya “babi”.

Jahed berkata dia diserang penduduk Islam di tempat tinggalnya, selain tulisan anti-gay disembur di pintu depan rumahnya.

Masjid yang pernah dia kunjungi selama 15 tahun lalu tidak lagi membenarkannya masuk dan dia diserang secara fizikal oleh anak lelaki Islam lain.

Merasakan dihina, Jahed pernah cuba membunuh diri.

“Saya diserang dengan kejam oleh lelaki Islam, pihak masjid memberitahu saya bukan lagi orang Islam dan tidak dibenarkan masuk masjid.”

Jahed juga mendedahkan Sean sedang mempertimbangkan untuk memeluk Islam.

“Tetapi mungkin sukar bagi kami untuk mencari masjid yang menerima kedatangan kami,” katanya dengan menambah turut mendapat ancaman bunuh selepas mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. – FMT

Mr. Barista Says
Mengunyit la puas-puas. Semoga lepas ni Allah bayar ‘cash’ je dengan perbuatan depa ni. Tunggu je la azab..

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply