Featured, Tosainomics

Industri Minyak, Gas Dijangka Pulih Tahun Ini? Betul Ke?

07/12/2017

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, industri minyak dan gas dijangka pulih tahun ini, selepas melalui tahun sukar pada 2016.

Timbalan perdana menteri bagaimanapun berkata, industri minyak dan gas masih berdaya tahan untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

“Dalam satu laporan baru-baru ini, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) mencatatkan prospek optimistik untuk pasaran minyak pada 2017 dengan mengatakan permintaan global akan meningkat melebihi pengeluaran semasa.

“Satu kajian Reuters juga mendapati minyak mentah Brent boleh mencecah AS$58.20 setong pada 2017 dan AS$65.20 pada 2018.

“Sementara JPMorgan menjangkakan harga minyak mentah Brent dan WTI (West Texas Intermediate) akan naik kepada AS$56.75 setong tahun ini,” katanya semasa merasmikan Pameran Kejuruteraan Minyak, Gas dan Petrokimia Asia Ke-16 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, kini waktu terbaik untuk penggiat industri mempelbagaikan produk atau menawarkan perkhidmatan berkaitan, selain menambah segmen pasaran termasuk meneroka bidang hiliran baru.

“Berlaku peralihan pemikiran di kalangan penggiat minyak dan gas yang bersandarkan projek kitaran lebih singkat untuk mengurangkan risiko.

“Banyak syarikat mengambil peluang membaik pulih dan menaik taraf kemudahan, kemahiran dan kepakaran sepanjang tempoh ini dalam usaha memperkukuhkan kedudukan syarikat apabila industri ini kembali pulih.

“Kita sudah melihat dan akan terus lihat ketidaktentuan dalam industri ini, apabila syarikat lemah dan tidak bersiap sedia, meninggalkan industri.

“Ada banyak peluang yang boleh diterokai penggiat minyak dan gas tempatan serta serantau dalam pasaran semasa yang turun naik.”

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply