Featured, Nasi Lemak Politik, You Kuai Viral

Misi Sarawak ke UK undang campur tangan asing

07/04/2017

Amanah bimbang tindakan Sarawak menghantar pasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) akan memberi peluang kepada campur tangan asing dalam undang-undang negara. “Tindakan ketua menteri Sarawak ingin menghantar pasukan peguam dan seorang exco menyemak dan mendapat maklumat mengenai Perjanjian Malaysia sebagai usaha meneruskan perjuangan Tan Seri Adenan Satem. “Ini bukan perkara yang baik, saya cukup bimbang langkah seperti ini akan mengundang campur tangan asing. “Kenapa selepas puluhan tahun mereka (Sarawak) ambil sikap begini? Adakah ia tamparan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada masa ini,” soal Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub pada sidang media di ibu pejabat Amanah hari ini. Sabtu lalu, Sarawak mengumumkan penghantaran sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung MA1963 bagi menentukan hak sebenar negeri berkenaan yang termaktub di bawah perjanjian itu. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg dilaporkan berkata, pasukan peguam itu akan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila dan berapa lama pasukan itu berada di London. Mengulas lanjut, Salahuddin bimbang tindakan kerajaan negeri itu boleh mengeruhkan hubungan Sarawak dan Kuala Lumpur. “Isu anti-Semenanjung memang begitu hebat dalam kempen pilihan raya semasa (Adenan) masih hidup dan kempen ini dilihat berjaya. “Kalau perkara ini dibawa pembangkang, sudah tentu kita akan dikenakan pelbagai akta, tetapi ini dibawa kerajaan negeri sendiri. “Kita (Amanah) tidak mahu isu anti-Semenanjung ini terus menular kerana ia sudah berapi. Kita harap kerajaan akan menunaikan hak Sarawak dan Sabah sewajarnya,” katanya. –FMT

Ice.King says
Hukhukhuk…ketahian apeka ini? Masa LGE mintak campur tangan ketenteraan US ke dalam politik Malaysia dan Cynthia Gabriel kata dia tak kisah dipanggil agen CIA/asing sebab sedia beri kerjasama demi mengkhianat Malaysia dan menjatuhkan Najib-Rosmah, ko takde pulak meroyan…hahahaha, biar je la Sarawak nak pegi kaji Perjanjian Malaysia tu kat UK. Apa masalah ko bang?

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply