Featured, Nasi Lemak Politik, You Kuai Viral

BN tak perlukan undi 80,000 pemandu teksi, soal persatuan

07/04/2017

Pemandu teksi yang bersidang hari ini merasakan Barisan Nasional tidak perlukan undi pemandu teksi, kerana mereka tidak memastikan layanan sama rata dalam isu persaingan antara teksi dan perkhidmatan perkongsian kenderaaan. Persatuan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Eksekutif Malaysia (Perjiwa) berkata kerajaan sepatutnya memansuhkan sistem sewa, supaya teksi lebih menguntungkan dalam menghadapi persaingan Uber dan Grab.

Namun selepas 3 memorandum dan 2 tunjuk perasaan, kerajaan bukan sahaja gagal menangani keluhan para pemandu teksi, tetapi keberatan untuk bersama mereka. “Wakil dari pihak pembangkang sahaja yang hadir. Adakah pemimpin BN tak pandang kami, adakah mereka tak perlu undi pemandu teksi?” kata Presiden Perjiwa Zailani Isausuludin di Kongres Himpunan Warga Teksi Malaysia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. “Dalam 80,000 pemandu teksi, itu sampur isteri dan anak-anak ada 300,000 orang. Seorang pun wakil BN tak datang jumpa kami. Kenapa mereka pandang rendah pada kami.” Beliau antara 500 pemandu teksi dari 600 persatuan berdaftar hari ini yang membincangkan keluhan para pemandu teksi, yang mahu merapatkan persaingan antara mereka dengan syarikat perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber dan Grab.

Isu yang hangat dibincangkan adalah kos sewaan tinggi yang perlu ditanggung pemandu teksi di bawah sistem teksi sedia ada. Selain itu, Zailani turut mengajukan penubuhan kesatuan nasional bagi menyatukan dan menguatkan suara mereka bila berdepan kerajaan. “Ada beribu persatuan tapi tak boleh buat apa. Sekarang ini kami berurusan dalam keadaan yang huru-hara, cakap tak sekata,” katanya. Pada Mac lalu, 200 pengusaha dan pemandu teksi berhimpun membantah perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan Grab di Parlimen selepas 3 memorandum kepada perdana menteri tidak terjawab. Tunjuk perasaan itu merupakan yang ke-2 selepas demo yang lebih kecil diadakan pada November 2015, di Padang Merbok, ibu negara. –FMT

Ice.King says
Walaupun aku tak sokong BN, on behalf of the coalition, gi mampos la kalau ko tanak undi BN dan aku rasa all this while pun korang tak undi BN pon. On the other hand, speaking in a capacity as a consumer, korang (most of you) dgn teksi busuk dan kotor, tambang mahal, perangai cam gangster, ada hati nak kami ni amik service korang? Daripada bayar tambang korang yang mahal mengarut tu, baik la aku bayar service UBER dan Grab je. Dah la murah, dapat mineral water free, wet tisu free, gula-gula, malah siap ada hand sanitizer sekali diorang ni bagi. Teksi ko? Takat aku dapat sedut bau asap rokok je lah pun!

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply