Featured, Nasi Lemak Politik

Fahmi Reza lakar Dr M menyerupai badut?

06/16/2017

Kartunis Fahmi Reza hari ini sekali lagi mencetuskan kontroversi baru dengan lakaran karikatur Tun Dr Mahathir Mohamad di Facebook miliknya dengan kapsyen mencemuh bekas perdana menteri itu.

Karikatur Dr Mahathir menyerupai badut itu berdiri membelakangi Jalur Gemilang dengan tangan kirinya diletakkan di dada.

“Mahathir bakal jadi ketua pembangkang, pengerusi Pakatan Harapan dan calon utama jawatan perdana menteri Malaysia?

“Jika benar, memang dunia dah terbalik. Tahniah kepada Mahathir, bekas diktator paling popular dalam sejarah,” tulisnya dengan mengenakan hashtag #RespectMyDictator (tabik diktatorku).

Fahmi pernah mengundang beberapa kontroversi sebelum ini melalui karikaturnya yang menjadi perbualan orang ramai. Beberapa ahli politik termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menjadi mangsa karyanya.

April lalu, beliau memuat naik lakaran karikatur menyerupai Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dikekong bapanya Lim Kit Siang, bersebelahan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengekong anaknya Muhammad Khalil.

Kartun bertajuk “Bapa borek, anak rintik” turut membawa hashtag #FatherAndSonParty (parti bapa dan anak), serta perkataan “Bapak dewa, anak tokong” di bawah lakaran menyerupai Guan Eng dan bapanya, dan “Bapak monyet, anak kera” di bawah lakaran menyerupai Hadi dan anaknya.

Lakaran itu menyusuli kartun kontroversi Nanyang Siang Pau bertajuk “Monkey Show Act” yang memaparkan 2 ekor monyet di atas pokok “Akta 355”, merujuk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Sekumpulan monyet dilihat bergaduh di bawah pasangan itu. – FMT

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply