Aney Hipster & Rakan-rakan

Pelaksanaan Cukai Pelancongan Mengundang Pelbagai Respons Daripada Netizen.

06/11/2017

Cukai pelancongan yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai ini seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilihat telah membawa pelbagai respon daripada pelbagai pihak. Mana tak nya, isu GST yang dikenakan kepada rakyat pun tak habis lagi tambah pula dengan cukai baru ni pastinya akan memberi kesan dimana ianya menambah lagi beban sedia ada yang ditanggung rakyat.

Zaman sekarang semuanya berbayar, apa je yang boleh diberikan percuma? Kesian pada rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Tersepit dengan isu kos sara hidup yang dihadapi. Tidak hairanlah ramai yang menyatakan keluhan “it’s so expensive to live in my own country…We are staying for the pay to survive”. Boleh dikatakan majoriti rakyat tidak bersetuju dengan tindakan pengenaan cukai pelancongan ni. Pihak kerajaan ibarat membuat keputusan tanpa meminta pandangan daripada rakyat terlebih dahulu. Pada golongan yang berkemampuan, mungkin tiada masalah..Tetapi adakah ini adil buat rakyat marhaen yang kurang berkemampuan?

Persoalan seterusnya, meskipun telah banyak cukai yang dikenakan, adakah perkhidmatan kerajaan terhadap rakyat sekarang ini sangat-sangat memuaskan? Ambil contoh mudah la, semua benda kalau boleh nak dicukainya, tapi tengok sajalah banyak lagi jalan-jalan raya khususnya di sesetengah tempat tu masih tetap berlubang dan tak dibaiki. Lampu jalan tak bernyala dan lebih teruk lagi ada tempat tu memang takda lampu langsung walaupun permohonan telah lama dibuat. Kerajaan kadang kala dilihat tidak begitu cakna tentang kehendak dan keperluan rakyat bawahan tapi bila bab nak melaksanakan sebarang cukai, tindakan yang pantas akan diambil hinggakan tidak boleh langsung untuk dibuat penundaan ke tarikh yang lebih sesuai.

Jadi secara peribadinya, sekiranya pihak kerajaan masih benar-benar ingin melaksanakan cukai pelancongan ini, mungkin cukai ini boleh dikenakan terhadap pelancong dari luar sahaja. Tak perlulah impose on our locals dimana it can increase more burden to Malaysian. Lagi pun rasanya masa pun kurang sesuai sekarang ni…Kena ingat, election pun mungkin dah tak lama lagi. Amat kritikal untuk pihak kerajaan nak memenangi hati rakyat sekarang ni.

Salam.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply