Aney Hipster & Rakan-rakan, Featured

Politik Ramadhan vs Politik Surau

06/09/2017

Sambil menunggu masuknya waktu isyak bersambung dengan tarawikh pada malam ke 13 Ramadhan, di salah sebuah surau di Shah Alam, saya dan beberapa jemaah duduk di penjuru serambi, berbual beberapa perkara semasa sambil menyisip secawan kopi manis. Ada cerita melucukan tak kurang pula boleh menyentuh perasaan saya dan umat Islam keseluruhannya.

Antara ceritanya kahwin dua, ajaran Syiah semakin berkembang dan kelancangan kumpulan Sister in Islam atau SIS. Tetapi paling bersungguh-sungguh adalah mengenai cerita apa yang berlaku di Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang 24 Mei lalu. Mungkin ia hampir dengan Shah Alam dan mengingatkan bilal yang turut bersma supaya, ia tak berlaku di surau itu.

Nama Masjid An Nur, sekejap sahaja jadi terkenal. Semua akhbar ‘pick-up’ ceritanya. Bahkan ada kumpulan yang berdemontrasi kerananya. Kisahnya, apabila pengurusan masjid atau AJK masjid sanggup membenarkan ahli politik bukan Islam merangkap ahli parlimen Subang dari Parti DAP YB Sivarasa berceramah atau berucap di dalam masjid. Perisitiwa itu mengheret campurtangan Tuanku Sultan Selangor.

Tujuannya mungkin baik, tetapi kenapa sehingga beliau dibawa ke dalam masjid. Masjid an Nur yang tak kurang luasnya, masih kurangkah lagi ruang untuk mengadakan majlis seumpama itu? Kalau niat Sivarasa nak menderma mengurangkan bebanan perbelajaan moreh semasa di bulan puasa ini, tabung masjid itu teruk sangatkah, sehingga memohon bantuan wakil rakyat? Maka sebab menerima sumbangan seperti didakwa, AJK masjid termakan budi dan budi mesti dibalas dengan toleransi. “Tak mengapa , apa salahnya” Kerana itu sanggup menyambut dan membenarkan ahli politik bukan Islam boleh berdiri atau memegang mikrofon di depan mimbar masjid, untuk berceramah.

Bayangkanlah, sambil mengucapkan selamat berpuasa dan berbuka pun masih bertongkatkan kepada wakil rakyat. Atau inilah satu cara baharu kepada wakil rakyat nak memikat hati pengundi-pengundi di kawasan Subang. Beliau nak buktikan bahawa wakil rakyat ini benar-benar jadi wakil rakyat. Jaguh masyarakat, bukan sekadar bila musim pilihanraya baru nak nunjuk muka dan berpura-pura. Itu mungkin!

Tapi kepada kita umat islam tak kenalah.. bukan di atas saf dan sejadah di mana orang islam akan memekap muka tekad menghampiri Allah subhanahu wataala dijadikan tempat berhujah politik. “Tolonglah!! Mana maruah kita” sambut seorang sahabat bersebelahan saya.

Kisah berceramah termasuk politik dalam masjid biasa kita dengar. Kalau ustaz ustaz ni dah jadi lazim. Sambil mengajar ilmu agama ni, tak kurang yang menyelitkan bab bersangkutan kempen politik, cabar dan mencabar dan berselindung sebalik hadis .

Jemaah pula ada macam-macam. Yang taksub tu berteriaklah Takbir! Takbir!!, yang atas pagar tenganga jer dan yang berpegang kepada mana-mana parti tentulah mencemeh, meluat dan tak kurang yang angkat punggung.

Itu tak pa lagi, tetapi apabila apabila jawatan kuasa masjid sekarang di beberapa masjid begitu bertolak ansur dengan orang bukan Islam berceramah dalam mesjid ini, ini sudah melampau dan tak boleh dibiarkan! Semakin hari mereka ini semakin berani, tak ada hormat lagi. Tak hairan satu hari nanti ada pulak yang naik atas mimbar, berceramah.

MAIS atau JAIS wajib mengambil iktibar perkara ini. Perhatian atau SOP perlu dimaklumi dan peringati supaya AJK tidak berkongkol dengan puak-puak begini sehingga mencabar kesucian dan sensetiviti masyarakat Islam keseluruhannya. Kalau perlu diambil tindakan, ia perlu dibuat termasuk memecat.

Hormatilah larangan atau titah Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah di atas tindakannya sebagai ketua agama Islam. Kemurkaan baginda sultan adalah wajar. Sebagai ketua agama beliau tak kurang menasihatkan supaya masjid dan surau dinegeri itu bukan untuk gelanggang atau medan nak berpolitik.

Tak kiralah yang masuk ke Masjid itu wakil rakyat ker, menteri ker, yang penting adalah tatasusila dan adab berada dalam masjid. Janganlah kerana dapat bantuan secotek, maruah agama nak kita lacurkan.

Seorang sahabat yang lain tiba-tiba mencelah, “biasalah puak-puak ni, nak tanya, apa sebenar motif mereka? Bukannya mereka tak tahu..silap-silap, itulah cara puak-puak nak menarik perhatian Tuanku Sultan dan akhirnya mereka dapat beramah mesra dgn Tuanku’..tak itu aja!! Melaga-lagakan kita dan sekarang dah ada pulak yang nak mencabar Tuanku”. Katanya sinis.

Saya yang mendengar hujah itu juga terlopong. Apa nak jadi?

Mr. Barista

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply