Aney Hipster & Rakan-rakan, Featured

Kenapa Remaja Minat Berita Viral?

06/09/2017

Siapa kata orang-orang muda sekarang tidak suka membaca? Saya bantah pendapat itu.

Lihat saja di perhentian bas, atas bas, perhentian kereta api, dalam kereta api, di restoran, kedai makan dan sebagainya. Anak-anak muda asyik membaca di skrin telefon pintar. Ada masanya, oleh kerana terlalu asyik membaca, sampai terlanggar tembok atau tiang lampu, atau orang yang datang dari arah hadapan.

Pemandangan di restoran atau kedai-kedai makan cukup menarik. Jika sekumpulan anak muda duduk semeja, mereka jarang berbual antara satu sama lain dan bagaikan saling tidak mengenali. Mata mereka tertumpu pada skrin telefon pintar masing-masing. Bagaikan bahan yang dilihat itu terlalu penting.

Mereka sama ada sedang bermain game atau membaca pos-pos dalam face book milik kawan, menonton gambar lucah, atau asyik membaca berita-berita yang diviralkan oleh you tube dan sebagainya.

Dan apabila kita bertanya apakah mereka percaya pada cerita-cerita yang divirulkan itu. Tentu sekali mereka menjawab “ya” dan jarang sekali menjawab “tidak”, meskipun mereka tidak tahu sumber sebenar berita-berita virul itu. Malahan, mereka kurang yakin dengan berita-berita yang disiarkan di televisyen atau akhbar, meskipun sumbernya diketahui

“Alaa… berita televisyen sekarang semua karut, lebih-lebih lagi tv3. Tak habis-habis memuji perdana menteri…” itu jawapan yang sering kita dapati dari mereka.

Apakah tren seperti itu muncul sendiri atau ada sesuatu yang mendorong mereka lebih percaya pada cerita-cerita yang divirulkan dalam internet.

Bagi sebilangan remaja Malaysia, membaca akhbar atau menonton berita di televisyen, bukan lagi kemestian untuk mendapatkan berita-berita sahih berkaitan perkembangan negara. Mereka menyifatkan berita-berita arus perdana adalah milik Perdana Menteri. Berita-berita itu sudah pasti menceritakan kebijaksanaan negara, kehebatan perdana menteri dan retorik-retorik politik parti yang memerintah.

Selain itu wujud pula portal-portal berita yang membawakan cerita-cerita yang bertentangan dengan berita-berita yang disiarkan akbar dan televisyen arus perdana. Kemunculan portal-portal berita milik pembangkang ini menambah kekalutan yang sedia ada. Portal-portal berita seperti ini banyak memburukkan imej negara dan pemerintah.

Anehnya, remaja sekarang lebih gemar membaca berita-berita yang memburukkan seseorang seperti itu, daripada berita tentang perkembangan ekonomi dan kemajuan negara. Dan mereka menganggap apa yang disiarkan dalam portal-portal pembangkang sebagai berita benar dan telus.

Sama ada kita bersetuju atau tidak, remaja sekarang menganggap portal-portal berita seperti itu sebagai tempat rujukan untuk mengetahui perkara sebenar apa yang berlaku. Mereka menganggap portal-portal berita yang begitu banyak sekarang sebagai sumber utama mendapatkan berita yang jelas dan benar.

Manakala akhbar dan televisyen arus perdana di dakwa membawa berita palsu, berita bohong. Sebab itulah, ada kalangan remaja membeli surat khabar hanya untuk mengetahui perkembangan artis pujaan mereka, atau membaca berita-berita sukan. Sedangkan untuk berita-berita utama mereka hanya membaca tajuknya sahaja, kemudian beralih ke halaman lain yang menghiburkan.

Mr. Barista

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply