Aney Hipster & Rakan-rakan

Yes, Malaysia Is Far From Bankrupt!

06/02/2017

“Malaysia akan bankrap! Malaysia adalah negara gagal!”, ini semua ibarat putaran ‘piring hitam lama’ yang mana ianya melambangkan ketandusan modal dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meraih kepentingan tertentu. Sebenarnya, kisah mengenai Malaysia akan bankrap sudah berdekad lama disebarkan namun malangnya sehingga ke hari ini mereka masih gagal membuktikannya kerana taraf kedudukan ekonomi Malaysia terus kekal kukuh dan mampan.

Tanpa menghiraukan kecaman, fitnah serta dakwaan negatif yang tidak pernah surut oleh pihak-pihak tertentu, akhirnya kerajaan mampu membuktikan Program Transformasi Negara (NTP) adalah merupakan suatu pendekatan yang rapi dan pragmatik. Buktinya adalah dengan purata pertumbuhan KDNK 5.1 peratus sejak 2010, iaitu dua kali ganda peningkatan ekonomi dunia. PNK per kapita juga naik kepada AS$10,010, di mana ianya hanya kurang 18 peratus mencapai status negara maju. Selain itu, 2.26 juta pekerjaan baharu diwujudkan, 69 peratus daripada sasaran 3.3 juta menjelang 2020 sekaligus menyebabkan penurunan kadar kemiskinan kepada 0.6 peratus daripada 3.8 peratus. Kebergantungan kepada hasil minyak juga turut turun kepada 14.7 peratus daripada 41 peratus dan defisit fiskal kerajaan telah turun lebih sekali ganda iaitu  daripada 6.7 peratus kepada 3.1 pe­ratus.

Jadi, adakah segala apa yang dilaporkan ini adalah retorik? rekaan atau ‘syok sendiri’? Hakikatnya, kesemua fakta dan maklumat ini telah pun diaudit, di­sahkan oleh pihak antarabangsa yang berkecuali, bertauliah lagi ber­wibawa.

Lihatlah pembangunan negara kita sentiasa mengambil kira setiap pendekatan yang begitu inklusif. Tidak ada mana-mana pihak atau segmen masyarakat pun tercicir dari menikmati kemajuan yang dilaksanakan. Contohnyanya, 6.2 juta rakyat Malaysia yang tinggal di luar kawasan bandar dilaporkan menerima pelbagai jenis kemudahan hasil daripada NTP. Antaranya ialah pembinaan rangkaian jalan-jalan baharu dan menaik taraf jalan-jalan yang sedia ada, pembekalan air bersih, elektrik serta pembinaan rumah-rumah kediaman golongan miskin.

Oleh yang demikian, menyayangi dan mencintai Malaysia bermakna dengan berusaha mengekalkan ke­sta­bil­an dan mensyukuri nikmat ke­ma­juan yang dicapai. Tidak salah memberi pandangan atau teguran. Tapi biarlah kena pada caranya. Catatan ini bukan sekadar gimik kerana taksub kepada mana-mana pihak. Jus­teru apa salahnya jika kita terima segala kenyataan, dan berhentilah dibuai mimpi yang tidak pasti.

Negaraku Malaysia, ku doakan semoga ke­­kal damai, sejahtera!

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply