Featured, Nasi Lemak Politik

Trump ke Arab Saudi berucap mengenai Islam, radikalisme

05/17/2017

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menyampaikan ucaptama mengenai visi Islam yang aman dan memerangi radikalisme dalam kunjungannya ke Arab Saudi Jumaat depan. Arab Saudi akan menjadi negara pertama yang dikunjungi Trump sejak pelantikannya. Di acara ini nanti, Trump akan bertemu dan berucap kepada lebih 50 pemimpin dari negara-negara Islam, lapor AFP.

“Beliau akan bertemu dan menikmati makan tengahari bersama lebih 50 pemimpin negara Islam, di mana beliau akan menyampaikan ucapan yang akan memberi inspirasi dan berterus terang mengenai keperluan berdepan ideologi radikal dan wawasan Islam yang aman,” kata Penasihat Keselamatan Negara Lt. Jen. HR McMaster kepada pemberita di Rumah Putih hari ini.

Menurut McMaster, ucaptama ini bertujuan menyatukan dunia Islam melawan musuh peradaban dan penyataan komitmen AS kepada negara sekutu.

Ucapan kepada pemimpin negara Islam menyusuli serangan berani mati di serata Eropah, termasuk Turki, United Kingdom, Perancis dan Jerman.

Arab Saudi merupakan sekutu penting AS di Timur Tengah.

Menurut Independent, lawatan 1 minggu ini juga akan menyaksikan Trump mengambil bahagian dalam pelancaran pusat mempromosikan Islam “sederhana”, dan perbincangan penjualan senjata bernilai AS$1 bilion kepada kerajaan Saudi.

Ice.King says: Hahah, hari tu kata Saudi tu Axis of Evil la sangat…

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply