Featured, Nasi Lemak Politik, Uncategorized

Kit Siang kepada Hadi: Selamat sembuh

05/17/2017

Pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini mengucapkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat sembuh, susulan pembedahan penggantian injap (valve replacement) di Institut Jantung Negara (IJN) semalam. “Kami mungkin berbeza pendirian politik, tetapi menjadi pengukur kematangan pemimpin politik di Malaysia dalam sistem demokrasi supaya mereka bertamadun dan bersopan antara satu sama lain,” kata Lim dalam kenyataan.

Beliau berkata ucapan selamat kepada presiden PAS itu sejajar dengan hubungannya dengan 5 presiden PAS sepanjang pengalaman selama setengah abad dalam politik. “Saya tidak pernah ke peringkat kebencian dan permusuhan peribadi,” kata Lim.

Hadi, 69, kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di IJN pemantauan rutin.

Pembedahan semalam dilakukan selama 3 jam oleh panel doktor diketuai Perunding Kanan Pembedahan Kardiotorasik dan juga Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Ketua Pembedahan Kardiotorasik Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon dan Timbalan Ketua Jabatan Anestesiologi Datuk Dr Suhaini Kadiman.

“48 jam akan datang adalah tempoh paling penting dalam penjagaan selepas pembedahan, dan beliau akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat di ICU,” kata IJN semalam. – FMT

Ice.King says: Haaa, macam ni la yang King nak tengok, tak kira berlainan pendapat atau bangsa, bila sesama Malaysian kita sentiasa mendoakan kesejahteraan semasa kita. Orang tengok pun respek. Dan kepada yang mungkin terdetik dalam hati ini semua lakonan je, suka hati korang la. Itu antara dia dengan Allah swt, atau dia dengan kepercayaan dia. 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply