Featured, Nasi Lemak Politik

PAS Mengecewakan – Azmin

05/12/2017

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan PAS melalui Majlis Syura yang membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR. Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu berkata, tindakan PAS itu membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara.

“Saya kecewa kerana keputusan untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, (ia) adalah keputusan dan pilihan yang dibuat PAS sendiri.

“Dan ini sedikit sebanyak satu keputusan yang membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan demi negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan SUK Shah Alam.

Beliau sebelum itu bermesyuarat bersama tiga exco PAS dan pesuruhjaya baru parti itu. – Malaysian Access

 

Aney Hipster Kata
Tak pe la DS Azmin. Orang dah tak suka. Nak buat macam mane. PAS dah ade pengganti kannn…Kita hidup mesti terus. Just do your best. Serve the people of Selangor.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply