Featured, You Kuai Viral

Welcome To London Rosmah Mansor!

05/09/2017

Dua wartawan Britain semalam menunggu di luar pagar sebuah bangunan di London untuk menyoal isteri perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor.

Salah seorang daripada mereka dilihat terus mempersoalkan tindakan pengawal yang cuba mengelak diri daripada jurukamera.

“Hi, selamat datang ke London,” kata salah satu wartawan itu sambil menyindir pegawai Malaysia yang mengiringi rombongan Rosmah ke London.

“Kamu tidak patut datang ke London sekiranya tidak mahu gambar diambil oleh wartawan. Ini negara bebas,” katanya dalam video YouTube dimuat naik penulis blog pro kerajaan, Raja Petra Kamaruddin.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka mewakili Sarawak Report, laman pendedah maklumat berpengkalan di London, yang disekat di Malaysia.

Selepas ditegur untuk berundur daripada memasuki kawasan bangunan, salah seorang wartawan itu terus meneruskan luahannya kepada pegawai itu:

“Kamu tidak patut datang ke sini sekiranya tidak mahu didedahkan dengan kewartawanan yang sebenar dan fokus kepada apa yang merupakan skandal kewangan terbesar dalam era moden,” kata wartawan itu, dipercayai merujuk 1MDB yang kerap dilaporkan Sarawak Report.

Rosmah kini berada di United Kingdom untuk lawatan 7 hari sejak Khamis hingga esok bagi menghadiri program dan perbincangan mengenai Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang dinaunginya.

Beliau ditemani Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said bersama 32 pelajar serta 6 orang guru.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas tindakan wartawan itu mengherdik Rosmah.

“Kita jangkakan mereka yang dikatakan bertamadun di England akan sekurang-kurangnya menunjukkan rasa hormat kepada isteri perdana menteri negara luar tetapi nampaknya diplomasi hanya untuk orang mereka sahaja.

“Mereka melaungkan dakwaan palsu dengan menyatakan kebebasan akhbar membolehkan mereka berkata apa saja,” katanya dalam penulisan blog malam tadi. – FMT

Mr. Barista Says
Haaaa apa lagi? Saman je laaaa reporter tu! Eh, jap…Tapi hari tu WSJ punya hal pun tak saman lagi kan? haha..”Welcome to London”..LOL.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply